Berita Harian

Cavani selamatkan maruah PSG

-

Paris: Edinson Cavani meledak dua gol pada babak kedua bagi membantu penyandang juara, Paris Saint Germain (PSG) bangkit daripada ketinggala­n dan mengikat pendahulu Ligue 1, Nice 2-2 di Parc des Princes, awal pagi semalam.

Pelawat menampilka­n prestasi terpuji apabila mendahului 2-0 sebelum rehat babak pertama bermula daripada sepakan percuma Wylan Cyprien pada minit ke-32 sebelum Alassane Plea menjaringk­an gol kedua pada masa kecederaan.

Keputusan memberikan Nice 40 mata daripada 17 perlawanan, kelebihan satu mata berbanding Monaco yang menewaskan Bordeaux 4-0, Sabtu lalu di tempat kedua manakala PSG yang dibimbing Unai Emery ketinggala­n empat mata.

Pengurus Nice, Lucien Favre tampak lega dengan satu mata yang diperoleh selepas Cavani menyempurn­akan peluang pada minit ke-46 untuk gol pertama PSG sebelum menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-60.

Balotelli menggegar

“Kami yang paling kecewa di sini, mereka menampilka­n rentak yang buruk pada awalnya dan ia menyukarka­n buat kami namun kemudian mereka bangkit dengan dua gol hebat,” kata Favre.

PSG memperoleh beberapa peluang menjaringk­an gol namun kecemerlan­gan penjaga gol Nice Yoan Cardinale yang melakukan aksi menyelamat hebat bagi menyelamat­kan gawangnya.

Penyerang kontrovers­i, Mario Balotelli yang dimasukkan pada masa kecederaan berjaya menghasilk­an cubaan berbahaya namun diselamatk­an penjaga gol PSG, Alphons Areola.

“Perlawanan ini memberitah­u kami sesuatu yang kami tidak tahu mengenai diri kami. Ia meletakkan kami kekal di puncak dan kami boleh melakukann­ya dengan lebih baik,” kata penjaring gol pertama Nice, Cyprien.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia