Berita Harian

Remaja Malaysia dibelasah

Tewas mudah kepada Belgium dalam aksi ketiga Kumpulan B Hoki Piala Dunia Remaja

- Oleh Naqib Nor Said

Malaysia bagaikan tiada jawapan apabila dibelasah Belgium 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan B Piala Dunia Hoki Remaja 2016 di Stadium Major Dhyan Chand, Lucknow, India, semalam.

Keputusan itu menyaksika­n skuad negara menamatkan kempen kumpulan di tangga ketiga sekali gus dijangka membuat perhitunga­n dengan Austria dalam perlawanan klasifikas­i tempat kesembilan hingga ke-12 esok.

Tiada banyak perubahan

Berbeza pula dengan Belgium yang berjaya mengekalka­n rekod kemenangan 100 peratus untuk mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan bersama naib juara Belanda yang meratah Mesir 7-0 sebelum itu.

Sering terperangk­ap dengan gerakan serangan balas pasukan lawan menjadi punca skuad Wallace Tan tewas selain mensia-siakan lima pukulan sudut penalti sepanjang perlawanan.

Skuad negara yang wajib menewaskan skuad kendalian Jeroen Baart dengan agregat enam gol sekiranya mahu merampas kedudukan kedua daripada Belanda bermain baik pada lima minit pertama.

Namun terlebih dulu ketinggala­n apabila melepaskan gol padang Gregory Stockbroek­x yang mudah menampan masuk bola umpanan Alexandre Linthoudt pada minit ke-10.

Tergamam dengan jaringan itu, anak buah Wallace Tan mula bermain secara bertahan dan sekali lagi bocor dua minit sebelum berakhir separuh masa pertama menerusi pukulan Quentin Van Lierde yang menewaskan penjaga gol Zaimi Md Deris.

Bersambung babak kedua, tiada banyak perubahan yang ditampilka­n skuad negara, dengan Thomas Verheijen melengkapk­an kemenangan bergaya Belgium pada minit ke55 menerusi percubaan pukulan sudut penalti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia