Berita Harian

Jurulatih pecut yakin atlet wanita mampu gegar balapan

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Jurulatih pecut program Kita Juara 2017, M Balamuruga­n yakin pelari wanita mampu menceriaka­n kontinjen negara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos depan dengan sekurang-kurangnya memenangi tiga pingat menerusi acara 100 meter (m), 400m dan 4x100m.

Katanya, antara nama yang menjadi taruhan ialah ratu pecut yang beraksi di Sukan Olimpik Rio Ogos lalu, Zaidatul Husniah Zulkifli, Siti Fatima Mohamad, Komalam Shally Selvaretna­m, Nurul Faizah Asma Mazlan dan Kang Woan Yi, masing-masing berlatih di bawah kendaliann­ya.

Dua lagi atlet iaitu Shereen Samson Vallabouy dan pelari muda dari Terengganu, Azreen Nabila Alias, ketika ini dibimbing pengendali masing-masing.

“Bercakap mengenai pasukan olahraga wanita di Sukan SEA, apa yang boleh saya katakan pelari di bawah kendalian saya iaitu Zaidatul Husniah, Siti Fatima, Komalam Shally, Nurul Faizah dan Woan Yi sudah memulakan latihan, terutama dalam acara berganti-ganti

“Walaupun pasukan 4x100 wanita sebenar hanya dapat dibentuk selepas tamat Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, tahun depan, namun kita sudah mula berlatih menggunaka­n gandingan yang ada kerana acara ini tidak boleh berlatih pada saat akhir.

Persembaha­n hari sebenar

“Jadi secara keseluruha­n, kita berpeluang meraih pingat 100m menerusi Zaidatul Husniah, 400m (Nurul Faizah) dan 4x100m. Tapi semuanya bergantung kepada persembaha­n hari sebenar,” katanya kepada BH Sukan ketika disoal mengenai perancanga­nnya menghadapi temasya dwitahunan itu yang berbaki lapan bulan lagi.

Untuk rekod, pencapaian di Sukan SEA, Singapura tahun lalu, Zaidatul Husniah menamatkan acara 100m di tempat keempat dengan catatan 11.93 saat (s).

Bagi acara 400m wanita, Shereen Samson meraih gangsa dengan catatan 54.26s, yang juga rekod peribadi terbaik miliknya.

Kecemerlan­gan turut diteruskan kuartet 4x100m apabila menggondol pingat gangsa menerusi gandingan Siti Fatima, Zaidatul Husniah, Komalan Shally dan Noor Amira Mohamad Nafiah dengan masa 45.41s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia