Berita Harian

Aktiviti DIY musim cuti

Asahbakatd­antajamkan­minda anak menerusi pelbagai kegiatan

-

Setiap kali musim cuti sekolah, ramai ibu bapa membuat perancanga­n bagi mengisi masa berkualiti untuk anak dengan aktiviti berfaedah.

Bagi ibu bapa bekerja dan tidak bercadang bercuti sepanjang cuti sekolah ini, pasti mereka tidak mahu anak menghabisk­an masa lapang dengan menonton televisyen, melayari internet atau bermain sepanjang masa.

Sedar atau tidak, sebenarnya ada pelbagai aktiviti boleh dirancang di rumah antaranya dengan membuat sendiri (DIY) yang menyeronok­kan, bahkan boleh dilakukan seisi keluarga.

Malah, aktiviti estetika dan kreativiti sememangny­a memberi peranan yang penting dalam perkembang­an kanak-kanak.

Idea kreatif

Pengasas pusat kreativiti DIY, Seni Design DIY, Nor Seha Abdul Rashid, berkata aktiviti kreatif dan DIY ini memberi peluang kanakkanak menyampaik­an perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara.

Katanya, malah DIY menggunaka­n kreativiti turut menggalakk­an kanak-kanak berfikir secara lebih terperinci dalam membuat keputusan.

“Misalnya, selepas melukis, kanak-kanak merancang mempamerka­n hasil kerja mereka, belajar membuat keputusan terutama memilih lukisan harus dipamerkan dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

“Ibu bapa juga boleh turut sama bergabung idea kreatif dengan anak untuk mengadakan aktiviti DIY menarik bagi mengisi masa lapang sekali gus menghiasi rumah mereka,” katanya ketika ditemui di pusat Seni Design DIY, di Kajang, baru-baru ini.

Nilai estetika

Nor Seha berkata, aktiviti DIY dapat mengasah bakat kreativiti kanak-kanak dan membantu mereka cuba menggabung­kan fikiran serta idea sambil meneroka dunia di sekeliling.

“Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukann­ya tanpa disuruh.

“Tetapi kanak-kanak lebih pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakann­ya. Semua individu mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi,” katanya.

Menerusi program

DIY, pembabitan aktif kanak-kanak juga berupaya menggalakk­an perkembang­an kognitif dan psikomotor mereka di samping memupuk nilai estetika.

Katanya, kreativiti kanak-kanak juga mendorong mereka memahami hasil pembelajar­an dengan lebih mudah.

Pupuk kreativiti

“Anakjugabo­lehmemupuk kreativiti dan tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti sendiri.

“Aktiviti kreatif dan DIY juga membolehka­n kanak-kanak melakar, menulis, memotong, menghasilk­an kraf tangan dengan membuat pergerakan kreatif.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] ??
[ FOTO OWEE AH CHUN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia