Berita Harian

Kempen bantu murid, pelajar kurang mampu

-

Sesi persekolah­an yang bakal bermula tidak lama lagi memberi idea kepada jenama pencuci TOP, bekerjasam­a dengan pasar raya AEON Big melancarka­n kempen gergasi bagi mengumpul dana untuk membeli keperluan sekolah kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara.

Kempen bertemakan ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ bertujuan memberi masa depan cemerlang kepada kanak-kanak terbabit dengan membina keyakinan diri menerusi pemberian pakaian seragam sekolah baharu.

Kempen ini juga mendidik kanak-kanak mengenai kemahiran hidup dengan menanam sifat tanggungja­wab dalam diri untuk menjaga pakaian seragam sendiri.

Kongsi nilai murni

Pengurus Pemasaran

Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo berkata, jenama pencuci itu mengambil tanggungja­wab membantu masyarakat menerusi kebajikan seiring dengan pengguna.

“Kempen ini datang daripada tanggungja­wab untuk berkongsi nilai murni dan keprihatin­an pelanggan, selain membantu mereka yang memerlukan. Konsep kehidupan bersih Top tidak saja pada pakaian, tetapi juga meliputi kebaikan untuk menjaga kebajikan dan memberi balik kepada golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasam­a dengan AEON Big yang mempunyai 25 rangkaian pasar raya di seluruh negara seterusnya memberi peluang kepada masyarakat untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik memperoleh masa depan yang lebih cerah.

Sasar RM40,000

Melalui kempen ini, sebanyak 30 sen daripada jualan produk TOP di semua cawangan AEON Big di seluruh negara akan disalurkan kepada dana ini bermula 14 November hingga 14 Disember, 2016.

Dana berkenaan akan digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah bagi 400 kanak-kanak kurang bernasib baik berumur antara tujuh hingga 17 tahun dari 20 rumah kebajikan di tujuh negeri.

Kempen ini mensasarka­n dana berjumlah RM40,000.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia