Berita Harian

Kecoh Aishwarya

-

Bollywood kecoh apabila aktres jelita, Aishwarya Rai Bachchan yang selama ini dilihat hidup bahagia, tibatiba dikatakan mengalami tekanan perasaan. Lebih teruk lagi, Aishwarya dikatakan mahu membunuh diri.

Namun, sahabat Miss World 1994 itu menafikan dakwaan aktres jelita itu mengambil pil penenang berlebihan hingga tidak sedarkan diri, baru-baru ini, dipercayai akibat masalah keluarga.

Laporan awal mendakwa, menantu Amitabh Bachchan itu menghadapi tekanan selepas bertengkar dengan keluarga berhubung gambar intim dengan pasanganny­a dalam filem Ae Dil Hai Mushkil, Ranbir Kapoor.

Kelihatan gembira

Desas-desus lain menyebut, keadaan bekas ratu cantik dunia itu pada awalnya dikatakan agak membimbang­kan. Namun, perkara itu tidak dihebahkan oleh anggota keluargany­a.

“Saya bersama Aishwarya dan suaminya, Abhishek hingga jam 2 pagi pada Isnin lalu di kediaman pereka fesyen, Manish yang menganjurk­an parti. Dia kelihatan berseri-seri dan gembira.

“Ramai tetamu memuji penampilan­nya dalam filem dan suaminya pula tampak berkongsi kegembiraa­n,” kata satu sumber kepada Hindustan Times.

Sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2007, pasangan popular Bollywood itu sudah diketahui jarang muncul berasingan, sekaligus gosip kononnya hubungan mereka retak menjadi topik hangat.

Sebelum itu, khabar angin yang tersebar mendakwa keluarga Bachchan memanggil seorang doktor ke kediaman mereka selepas mendapati Aishwarya tidak sedarkan diri.

Enggan insiden berkenaan mengundang kekecohan dan huru-hara, mereka juga dipercayai mengambil keputusan tidak membawanya ke hospital.

Sebar berita palsu

Sementara itu, menurut laporan lain. Aishwarya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, menyalahka­n pihak yang sengaja mencetuska­n berita palsu dengan mengaitkan kononnya dia dan suami menghadapi masalah perkahwina­n.

Pada masa sama, satu laman web memetik kenyataan doktor yang merawat pelakon itu dengan mendedahka­n kononnya aktres terbabit merayu supaya membiarkan­nya mati.

“Selepas diselamatk­an, Aishwarya berkata kepada saya, biarlah dia mati, lebih baik mati daripada hidup seperti ini,” kata doktor yang tidak disebutkan namanya.

Terdahulu, pelakon Bollywood lain termasuk mentuanya, Katrina Kaif, Dilip Kumar, Honey Singh, Rajinikant­h dan Lata Mangeshkar juga pernah berdepan khabar angin berkaitan kematian.

 ??  ??
 ??  ?? Aishwarya bersama suami, Abhishek.
Aishwarya bersama suami, Abhishek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia