Berita Harian

Penduduk pantai timur Sabah tak perlu gusar

-

Kota Kinabalu: Polis meminta penduduk pantai timur negeri ini tidak gusar dengan penyebaran berita kononnya wujud ancaman daripada penjenayah rentas sempadan, susulan tiga penculik mati ditembak di perairan Semporna, pada 8 Disember lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, menegaskan polis tidak menerima sebarang ancaman berikutan kejayaan menumpaska­n kumpulan berkenaan walaupun ada khabar angin kononnya akan berlaku balas dendam.

Polis tak kelam-kabut

“Polis tidak kelam-kabut, kami tetap menjalanka­n tugas dan sedia menghadapi apa sahaja ancaman demi menjaga kedaulatan negara dan kesejahter­aan rakyat, khususnya di Sabah,” katanya selepas majlis penutup Latihan Bodyguardi­ng Siri 1/2016 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan kononnya akan ada tindakan balas dendam daripada penjenayah rentas sempadan susulan kejayaan pasukan keselamata­n menembak mati tiga suspek penculik di perairan Pulau Gaya, Semporna, pada 8 Disember lalu.

Sementara itu, Abd Rashid berkata, gerakan mencari dua penculik yang hilang selepas insiden tembakmene­mbak itu masih diteruskan.

“Kami mencari (dua suspek yang hilang) sejak insiden itu, kami tidak tahu keadaan sebenarnya kerana arus di kawasan itu kuat dengan kedalaman lebih 80 meter,” katanya.

Dalam insiden pada malam 8 Disember lalu, tiga suspek penculik mati, dua ditahan, manakala dua lagi hilang selepas kejadian tembak-menembak dengan anggota Tiger Platoon, Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 14 di perairan berhampira­n Pulau Gaya, Semporna.

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Abdul Rashid (kanan) menyerahka­n sijil tamat latihan kepada Inspektor Mohd Ali Amat di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Abdul Rashid (kanan) menyerahka­n sijil tamat latihan kepada Inspektor Mohd Ali Amat di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia