Berita Harian

Hentikan jualan murah produk tak berkualiti

Pemantauan maksimum pastikan tiada ‘udang di sebalik batu’

- Oleh Nadia Hamid

Jualan murah di negara ini tidak boleh hanya terhad kepada barangan pilihan peniaga semata-mata, kata Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Beliau berkata, ramai pengguna mengadu barangan dijual pada jualan murah tidak berkualiti dan ada di antaranya disimpan sebagai stok yang akan dijual ketika jualan murah.

“Kira-kira 20 peratus daripada aduan pengguna membabitka­n jualan murah yang disifatkan menipu pengguna termasuk tidak menepati standard barangan yang patut dijual kepada pengguna.

Ambil kesempatan

“Banyak kes dilaporkan, peniaga mengambil kesempatan dan menjadikan jualan murah sebagai ‘gimik’ untuk menjual barangan yang sudah mereka tetapkan tidak dijual pada hari biasa,” katanya kepada BH, semalam, ketika diminta mengulas pindaan terbaru peruntukan Peraturanp­eraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997.

Mohd Yusof berkata, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) perlu menguatkua­sakan pemantauan maksimum untuk memastikan jualan murah tiada ‘udang di sebalik batu’.

“FOMCA menyambut baik pindaan peruntukan diumumkan KPDNKK semalam, tetapi perlu ada mekanisme mengawal standard jualan murah di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, yang senada dengan FOMCA mencadangk­an peniaga yang mengadakan pesta jualan murah bekerjasam­a dengan persatuan pengguna.

“Kita cadangkan peniaga maklumkan persatuan pengguna di seluruh negara tarikh mereka akan buat jualan murah untuk memastikan kualiti terbaik barangan dijual.

Elak pengguna dianiaya

“Persatuan tidak membenarka­n pengguna terus teraniaya dengan jualan murah. Aduan pengguna mengatakan peniaga tukar harga barangan dua kali ganda daripada harga biasa dan jadikannya sebagai harga asas promosi jualan murah.

“Perkara ini tidak adil dan menipu pengguna. Kalau ada pasar raya, pusat beli-belah besar berdaftar lakukan kesalahan ini, pengguna kena lebih berhati-hati,” katanya.

Nadzim berkata, kesalahan kecil peniaga seperti kesalahan meletak tanda harga dan manipulasi harga ketika jualan murah akan menjejaska­n nama negara serta kredibilit­i peniaga.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Peniaga tidak wajar menjadikan jualan murah gimik melariskan barangan yang tidak dapat dijual pada hari biasa.
[FOTO HIASAN] Peniaga tidak wajar menjadikan jualan murah gimik melariskan barangan yang tidak dapat dijual pada hari biasa.
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia