Berita Harian

‘Anak adalah raja di hati’

Mengaku trauma jalin hubungan dengan lelaki, Azharina sanggup suntik hormon demi si comel, Rahmat

- Oleh Zaidi Mohamad

Nama Penuh: Azharina Azhar

Umur: 31 tahun

Asal: Sabah

Karier: Penyanyi dan penerbit dokumentar­i

Album: Azharina (2002) Seandainya (2003) Nina (2004)

Lagu popular:

dan Kejayaan: Juara

dan Juara Penghargaa­n

Lokasi: Penthouse tajaan Berjaya

Times Square Hotel, Kuala Lumpur Terima kasih Abelnabel (Instagram: @bthkl) (Instagram: @ abel.n.abel)

Solekan: Syed Dewa (Instagram: @syedewa)

Dandanan rambut: La Diva Touches Studio (Instagram: @ schanooldi­va dan @ intanladiv­a_kl)

Busana dan aksesori: The Hashta (Instagram: @ hashtagsri­hartamas) rannya,” katanya.

Dilihat selesa bersama Rahmat, Nina juga bagaikan sudah melupakan waktu untuk dirinya mencari cinta baharu.

“Demi Tuhan, saya tidak ada kekasih. Sudah lapan tahun saya tidak keluar memenuhi temu janji istimewa dengan lelaki. Ketika ini, saya tidak punya masa untuk semua itu.

“Memang saya terlalu berhatihat­i apabila berbicara mengenai lelaki. Mudah jawapannya, saya masih trauma dengan kegagalan perkahwina­n lalu. Tetapi jika ada lelaki yang cuba mendekati, saya akan belajar membuka pintu hati. Saya bukan manusia yang terlalu tegas dan kejam.

“Saya juga tidak mahu melanggar fitrah hidup manusia yang sememangny­a ingin disayangi dan dicintai. Jika ada lelaki yang serius mahu mendekati, lebih baik bertemu terus ibu bapa saya. Mungkin juga mereka perlu menghantar ‘resume’ untuk orang tua saya lebih mengenali,” katanya berseloroh.

Hidup pernah dikongkong

Leka membiarkan wajahnya disolek jurumekap terkenal, Azharina menganggap kehadiran Rahmat melengkapi hidupnya sekarang.

“Setiap kali bertemu orang luar, pasti akan diajukan soalan apakah saya sudah menutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki. Tidak kurang ada yang mengusik, malah enggan percaya apabila diberitahu saya masih belum bertemu kekasih hati,” luahnya.

Namun, kata Azharina, semua itu sudah tidak difikirkan lagi sejak dia mengasuh Rahmat.

“Kehadirann­ya melengkapi hidup saya, malah turut membawa pelbagai rahmat. Sebelum ini, bukan hanya orang luar tetapi emak juga selalu bertanya bila saya mahu menamatkan zaman janda?

“Itu kisah dulu kerana sekarang, saya sudah malas memikirkan soal kehidupan berumah tangga. Saya masih trauma kerana hidup pernah dikongkong, membuatkan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis,” katanya.

Ralat sia-siakan usia muda

Hampir 15 tahun menjalani hidup sebagai insan seni, Azharina mengakui, perasaan ralat masih menebal dalam diri. Ini kerana dia

 ??  ?? Seandainya, Elegi Sepi Rawan
Bintang RTM 2001
Gegar Vaganza 2016
Seandainya, Elegi Sepi Rawan Bintang RTM 2001 Gegar Vaganza 2016
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia