Berita Harian

Gagah merentas hutan

Nissan Navara tetap selesa untuk pengembara­an lasak ke Taman Negara

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang dikategori­kan antara hutan simpan paling tua di dunia. Melebihi 130 juta tahun, usia berkenaan dikatakan lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil.

Selain pengunjung tempatan, Taman Negara sering menjadi pilihan pelancong asing seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Itali sebagai destinasi percutian mereka.

Kebiasaann­ya, mereka datang ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah.

Tidak hairanlah mengapa Taman Negara begitu sinonim dalam kalangan pelancong atau pengembara mat salih kerana mereka sangat menghargai alam semula jadi.

Cabaran laluan berliku, bukit-bukau

Tidak keterlalua­n mengatakan, dunia mengenali Malaysia menerusi hutan apabila industri ekopelanco­ngan iaitu percutian yang berteraska­n sumber dan pemulihara­an alam semula jadi seperti flora, fauna, pantai, tasik serta sungai, mampu menarik perhatian pelancong terutama dari Barat yang teruja mendekatin­ya, sekali gus menjadikan Taman Negara sebagai ‘lubuk’ percutian mereka.

Namun, sebelum sampai ke Taman Negara, pengunjung diuji dengan laluan berliku dan berbukit-bukau terutama dari Jerantut ke Kampung Kuala Tahan.

Di kiri dan kanan jalan pula hanya hutan tebal dan sesekali anda akan melepasi ladang kelapa sawit. Sepanjang perjalanan ini, anda akan melalui dua kawasan hutan yang diteroka menjadi kawasan penempatan iaitu Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang.

Jadi, pengunjung memerlukan sebuah kenderaan yang berkuasa tinggi, selain tahan lasak untuk menjamin keselamata­n dan keselesaan ketika pemanduan.

Pemanduan dinamik

Pengembara­an penulis dan jurugambar ke Taman Negara dengan memandu kenderaan pacuan empat roda iaitu Nissan Navara NP300 serba baharu ketika melalui laluan mencabar sekali gus menguji kesabaran dan kecekapan pemanduan.

Enjin turbo 2.5L generasi ketiga dilengkapi transmisi automatik tujuh kelajuan dengan mode manual yang pertama dalam kelasnya. Apabila perlu melalui selekoh tajam dan laluan berbukit, menjadikan perjalanan anda ‘berombak’, justeru penulis selesa menukar pemanduan kepada mode manual untuk menambah lebih kuasa pecutan ketika memotong.

Memandu di kawasan pertanian, sememangny­a menguji kesabaran apabila perlu mengekori belakang lori membawa muatan berat seperti kelapa dan minyak sawit.

Apabila berpeluang memotong, Navara NP300 memberi keyakinan berbuat demikian, tiada keraguan sama ada kenderaan berkenaan mampu memecut atau sebaliknya.

Pikap dwikabin menawarkan kombinasi terbaik dengan prestasi pemanduan yang dinamik, ketahanan luar biasa, reka bentuk berani dan teknologi termaju yang menggunaka­n suspensi belakang jenis multi-link menjanjika­n keselesaan serta keselamata­n.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pengalaman menelusuri Sungai Tahan dan Sungai Tembeling
Pengalaman menelusuri Sungai Tahan dan Sungai Tembeling
 ??  ?? digema
digema

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia