Berita Harian

Azuanis suka cabaran baharu

Atlet memanah dan Olahragawa­ti UNISZA gemar pilih sukan lasak berbeza untuk mencari kelainan cabaran

- Oleh Faizul Azlan Razak bhsukantbh.com.my

Rutin hariannya cukup mudah - menghabisk­an masa di lapangan menjalani latihan memanah dan ke bilik kuliah untuk menunaikan tanggungja­wab wajib sebagai seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Begitupun, Azuanis Abdullah juga seperti rakan sebaya lain yang mempunyai hobi di waktu lapang kerana diakui, jadual latihan dan sesi pembelajar­an yang padat kadang kala memberikan tekanan tanpa diundang.

Anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu memilih untuk cenderung menjalani aktiviti sukan lasak seperti mendaki gunung dan bukit, berkuda serta mendayung kayak.

Malah, anak kelapan daripada 11 adik beradik itu juga pernah mengikuti ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah dua tahun lalu.

Walaupun tidak mempunyai hobi tetap seperti sesetengah individu lain, Azuanis sebaliknya berminat mencuba sesuatu perkara yang baharu.

Motivasi buat diri

Baginya, dia mahu merasai kepuasan melakukan perkara berbeza selain aktiviti yang dilakukan itu juga mampu menjadi motivasi buat dirinya.

“Kalau ikutkan saya tidak mempunyai hobi tetap, tapi sering mencuba perkara baharu sebagai menguji diri sendiri.

“Kebanyakan aktiviti yang saya sertai ialah sukan lasak dan walaupun mencabar serta sukar, ia memang seronok apatah lagi jika kita berjaya menamatkan aktiviti dengan selamat.

“Sukan lasak ini juga menjadi motivasi dan pembakar semangat saya terutama dalam keadaan genting ketika kejohanan memanah,” katanya yang baharu dinobatkan Olahragawa­ti UNISZA 2016.

Atlet memanah Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan itu berkata, pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila mendaki Gunung Kinabalu bersama atlet memanah Kelantan.

Asah kemahiran di dapur

Namun, walaupun menggemari sukan lasak, Azuanis mengakui dirinya juga tidak sesekali melupakan terus aktiviti memasak yang cukup sinonim dengan wanita.

Atas sebab itulah, jika mempunyai kelapangan dan tidak terikat dengan jadual latihan atau pertanding­an, gadis ini akan sedaya upaya cuba menghabisk­an masa bersama keluarga dan pada masa sama terus mengasah kemahiran di dapur.

“Sekarang ini saya tinggal di asrama UNISZA Kampus Tembila dan selalu mendaki Bukit Keluang, Besut jika tidak terbabit dengan program atau kelas pada sebelah petang atau hari minggu.

“Saya seorang yang suka mencuba dan berasa puas apabila berjaya melakukann­ya,” katanya yang pernah mewakili negara di Kejohanan Universiti Dunia 2016.

 ??  ?? Azuanis (kiri) ketika menyertai ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah.
Azuanis (kiri) ketika menyertai ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah.
 ??  ?? Aktiviti riadah di Bukit Keluang, Besut, Terengganu.
Aktiviti riadah di Bukit Keluang, Besut, Terengganu.
 ??  ?? Azuanis turut meminati aktiviti sukan berkuda.
Azuanis turut meminati aktiviti sukan berkuda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia