Berita Harian

PKNS tidak tahu punca sebenar

PKNS FC tidak asing lagi kepada peminat bola sepak tanah air kerana melahirkan ramai pemain berstatus lagenda seperti Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh dan Datuk Rarumugam, namunia tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dan cabar

-

S: Apa status PKNS FC sekarang?

J: Seperti yang kita tahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) memberi tempoh sehingga 30 November lalu kepada semua pasukan berstatus kelab dan negeri untuk mengesahka­n penyertaan masing-masing ke saingan Liga Super dan Liga Perdana. Namun, kita diberikan sedikit kelonggara­n sehingga 9 Disember lalu oleh FAM selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) membuat tindakan drastik enggan menyokong penyertaan PKNS FC ke Liga Super tanpa alasan kukuh. Kita terpaksa mencari alternatif lain dengan mendapatka­n sokongan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) sebagai jalan keluar bagi membolehka­n kita menghantar semula permohonan pengesahan.

S: Adakah bergabung dengan PBSMS ini tidak menyalahi peraturan FAS atau FAM?

J: Kalau kita lihat pelbagai aspek termasuk peraturan statut PBMS, FAM, FAS mahu pun perlembaga­an PKNS FC memang tiada pelanggara­n atau dengan kata lain ia mengikut peraturan. Malah, FAM sudah bermesyuar­at dan mengesahka­n penyertaan PKNS FC ke dalam kancah saingan Liga Super 2017. PKNS FC sebenarnya tidak perlukan pengesahan dari persatuan gabungan untuk menyertai liga seperti syarat perjanjian dengan FMLLP pada awal musim 2016.

S: Apa implikasi paling besar jika FAM menolak penyertaan PKNS FC?

J: Jika FAM menolak permohonan PKNS FC untuk beraksi di Liga Super sudah tentu implikasi amat besar kerana kita sudah menandatan­gani kontrak dengan semua 30 pemain serta jurulatih untuk skuad utama saja serta tujuh pasukan pelapis termasuk skuad Piala Presiden dan Piala Belia. Jadi jika perlu, kita buat rayuan ke peringkat lebih tinggi untuk putuskan kedudukan kerana sudah berbelanja besar. Biasanya setiap pasukan akan memperuntu­kkan antara RM7 juta hingga RM20 juta untuk beraksi di Liga Super semusim. Oleh itu implikasi memang besar kerana peruntukan kewangan sudah keluar selepas semua pemain menandatan­gani kontrak.

S: Apa punca sebenar FAS enggan sokong penyertaan PKNS FC?

J: Kami memang tidak tahu punca sebenar yang membawa kepada tindakan drastik FAS. Kita tidak pernah diberi tahu puncanya, cuma dengar banyak khabar angin kerana PKNS FC tiada wakil dalam FAS. Tetapi dalam kenyataan tidak rasmi FAS, mereka menyatakan tiada masalah dengan PKNS.

S: Adakah PKNS FC sudah memuktamad­kan senarai pemain untuk musim depan?

J: Kita sudah menandatan­gani perjanjian dengan semua 30 pemain termasuk tiga tonggak import, Gonzalo Soto, Matias Hadwa dan Patrick Wleh yang sebelum ini dipinjamka­n kepada Selangor dan seorang lagi ialah calon import dari Amerika Selatan. Kita juga akan menyambung kontrak jurulatih E Elavasaran semusim lagi berikutan prestasi cemerlang musim lalu.

S: Siapa pemain tempatan yang baharu dibawa masuk ?

J: Antaranya ialah Sabre Mat Abu (Kedah), Azmi Muslim (Selangor), K Gurusamy (Sarawak), Affizee Mamat (Terengganu), Khyril Muhymeen Zambri, Bobby Gonzales, S Sivanesan (FELDA United), Fauzan Dzulkifli (Pulau Pinang) dan K Gurusamy serta Amirizdwan Taj Tajuddin.

S: Apa sasaran untuk jurulatih dan pemain?

J: Kami menetapkan sasaran supaya PKNS FC sekurangku­rangnya berada di tempat kelima teratas di Liga Super dan meraih satu gelaran juara sama ada Piala Malaysia, Piala FA atau juara Liga Super. Sasaran itu realistik kerana kita berjaya muncul naib juara Liga Perdana dan tempat kedua Piala FA pada musim ini.

S: Adakah PKNS FC mempunyai pendekatan tersendiri untuk menarik lebih ramai penyokong?

J: Antara inisiatif yang sudah dan akan diteruskan ialah dengan mewujudkan kelab penyokong setia atau ultras PKNS FC dikenali sebagai Curva Ultras Red Ants (CURA) bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai kelab ini. Satu lagi cara ialah dengan meningkatk­an prestasi PKNS FC pada musim depan. Jika prestasi bagus dan pemain menunjukka­n gaya persembaha­n menarik serta sentiasa meraih kemenangan, pastinya penyokong akan meningkat.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN / BH ] ?? Siti Zubaidah (kiri) ketika mengadakan ditemubual wartawan BH Sukan, Haika Khazi di Pusat Konvensyen Shah Alam, Mall.
[ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN / BH ] Siti Zubaidah (kiri) ketika mengadakan ditemubual wartawan BH Sukan, Haika Khazi di Pusat Konvensyen Shah Alam, Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia