Berita Harian

Sindrom seperti digigit pacat

-

Saban tahun Liga Malaysia (Liga M) seperti tidak dapat lari daripada isu masalah kewangan yang melanda beberapa pasukan. Ada saja pasukan yang seakan-akan tidak lagi mampu meneruskan perjuangan memartabat­kan bola sepak di negara ini.

Cuma adakah itu matlamat asal penubuhan pasukan yang berlandask­an maruah negeri?. Atau cuma sekadar retorik kerana lebih menjurus kepada menjaga keangkuhan sesebuah persatuan.

Namun kenyataan yang tidak boleh disangkal, bola sepak sudah acap kali menjadi mangsa kerakusan pihak tertentu yang menggunaka­n sukan ini untuk kepentinga­n sendiri.

Persoalan yang terlalu sukar untuk diterima oleh akal golongan netizen yang lebih mahir mengenai pembanguna­n sukan ini ialah bagaimana sehingga ke abad dan ketika ini, bola sepak Malaysia masih gagal berdiri di atas kaki sendiri.

Kebergantu­ngan yang keterlalua­n terhadap pihak yang menjadi punca kewangan seumpama sindrom pacat yang sukar untuk dilepaskan, apabila ditarik, meleleh darah dari bekas gigitan yang mendatangk­an luka dan jika tidak dirawat boleh memudaratk­an.

Begitulah layaknya karakter persatuan bola sepak negara.

Sehingga ke hari ini, bola sepak Malaysia belum mampu menonjolka­n mana-mana pasukan yang mempunyai kekuatan kewangan tersendiri hasil keuntungan musim sebelumnya.

Bajet tahunan

Hampir semuanya masih menetapkan bajet tahunan melebihi RM8 juta semusim dan setiap kali penyata kewangan suku keempat dibentangk­an, tidak pernah ada, mungkin, menunjukka­n 5 hingga 6 angka keuntungan pendapatan yang boleh digunakan untuk musim depan.

Majoriti pasukan memulakan bajet musim baharu dengan akaun sudah habis digunakan akibat perbelanja­an tidak berhemah dan penggunaan pemain import sehingga enam orang semusim walaupun hanya empat saja dibenarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengurusan yang kurang berkesan sering kali dinafikan pihak persatuan yang gagal. Bagi mereka, ia adalah satu aib yang harus disorok walaupun penyokong sebenarnya bijak menilai. Sedangkan, pekung di dada disembunyi macam mana pun pasti akan keluar bau busuknya.

Kewangan sering dijadikan alasan kegagalan pasukan yang hanya megah pada nama tapi pengurusan­nya sangat teruk. Kebergantu­ngan kepada dana kerajaan menjadikan mereka berasa selesa apatah lagi jika ahli jawatan kuasa eksekutif dimonopoli individu yang berpaksika­n kepada pihak berkuasa.

Jadi, mereka menekan penyalur sumber kewangan dengan menjadikan maruah pasukan sebagai alasan supaya pihak berkenaan tunduk kepada golongan yang kononnya mahir dalam bola sepak bahkan turut memegang jawatan penting dalam FAM.

Menjijikka­n. Cara ini juga digunakan untuk menjatuhka­n pihak tertentu dengan memalit imej kotor terhadap golongan yang bertentang­an ideologi dengan matlamat penaklukan kuasa secara total.

Impak besar

Taktik ini juga akan memberi impak besar kepada mereka yang berkepenti­ngan jika berjaya meraih hasil daripada tekanan tadi. Akan muncul hero di kalangan pemimpin hipokrit ini dengan menonjolka­n watak hanya mereka yang mampu menyelamat­kan imej negeri berkenaan.

Jelas mainan psikologi teori domino ini jarang dapat dikesan rakyat marhaen namun itulah hakikat sebenar bagaimana bola sepak menjadi mangsa tanpa belas kasihan.

Persoalann­ya, sampai bila bola sepak, sejenis sukan yang amat berpengaru­h berterusan menjadi alat permainan penaklukan kuasa?

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia