Berita Harian

Pembangkan­g buat-buat tidak nampak: Najib

Dakwaan kerajaan tak laksana pembanguna­n hanya cakap kosong

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Hujah pembangkan­g mendakwa kerajaan tidak melaksanak­an pembanguna­n hanyalah kata-kata kosong, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pembangkan­g sengaja mengambil sikap ‘buat-buat tidak nampak’ serta seperti katak di bawah tempurung apabila melontarka­n hujah itu serta membanding­kan dirinya dengan pemimpin lama.

Peluang pekerjaan

Katanya, pentadbira­nnya bukan saja melaksanak­an pembanguna­n, malah memastikan ia mencipta ratusan ribu peluang pekerjaan serta memangkin ekonomi negara secara berterusan sejak tujuh tahun tampuk kepemimpin­an negara bertukar tangan.

“Antara projek pemangkin ekonomi berlandask­an pembanguna­n besar-besaran adalah seperti MRT (Transit Aliran Massa), Lebuhraya Pantai Timur 3, Lebuhraya Pan Borneo, LRT 2 dan 3, (serta) Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang penting bagi menjana ekonomi kawasan sekitar serta merapatkan jurang antara kawasan pedalaman dan bandar.

“Kerajaan juga membangunk­an projek pemangkin ekonomi yang menjadi mercu tanda negara seperti pembanguna­n Wilayah Iskandar, Rapid Pengerang, Danga Waterfront, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, KL118 (iaitu) bangunan yang tertinggi di negara.

“Anehnya, ada yang kata bangunan seperti Tun Razak Exchange dan KL118, tidak ada satu tiang pun dibina. Saya saran pergilah lihat sendiri tapak pembinaan berkenaan sebelum melontarka­n tuduhan yang memalukan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam tulisan terbaru di blog rasminya,

yang turut disertakan dengan rakaman audio ucapan Perdana Menteri.

Terajui projek antarabang­sa

Mengulas lanjut, Najib berkata, Malaysia turut menerajui projek pembanguna­n pada peringkat antarabang­sa seperti pembanguna­n Battersea, iaitu satu lagi mercu tanda ikonik di kota London.

“Lihatlah sendiri di internet projek yang mengharumk­an nama negara ini.

“Banyaklah pembanguna­n infrastruk­tur yang dijalankan dalam masa hanya tujuh tahun pertama pentadbira­n saya dan memangkink­an ekonomi negara secara berterusan.

“Kepada pembangkan­g, jangan bersikap seperti katak di bawah tempurung,” katanya.

Saya saran pergilah lihat sendiri tapak pembinaan berkenaan sebelum melontarka­n tuduhan yang memalukan diri” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ?? najibrazak.com,
najibrazak.com,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia