Berita Harian

Rakyat tentukan masa depan 2017: TPM

Bersatu tolak keganasan demi kemakmuran, keselamata­n

- Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my Kuala Lumpur

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi ekonomi, politik dan budaya yang mesra kerajaan-rakyat menjadikan Malaysia sebuah negara pengimbang sama ada di peringkat domestik, serantau dan antarabang­sa.

Timbalan Perdana Menteri berkata, masa depan bagi tahun 2017 terletak di tangan rakyat.

“Masyarakat kita bukan lagi semata-mata terikat kepada negara bangsa tetapi masyarakat global yang bermakluma­t.

“Ini bermakna berlaku peralihan daripada masyarakat industri pertanian kepada masyarakat global bermakluma­t.

“Hidup makmur aman bahagia, negara maju mengukir kejayaan, buat seluruh warga Malaysia, selamat tahun baharu saya ucapkan,” katanya dalam ucapan Tahun Baharu 2017, semalam.

Tolak keganasan

Ahmad Zahid berkata, cabaran kemakmuran ekonomi sesebuah negara adalah antara faktor penting yang berupaya menggalakk­an rakyat mengamalka­n nilai kesederhan­aan berkait rapat dengan pencapaian ekonomi negara.

Beliau berkata, Malaysia menolak keganasan, malah memerangi sebarang aktiviti dan persepsi keganasan demi menentukan kemakmuran dan keselamata­n rakyat negara ini.

“Tidak kira di mana jua kita berada, saya berpesan kepada seluruh rakyat bahawa kita sebagai bangsa Malaysia wajib berbangga dengan setiap pencapaian dan sumbangan kita kepada negara yang dicintai ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia