Berita Harian

FELDA sedia RM66.7J bayar bonus peneroka

Pembayaran BIPP sehingga RM800 dijangka diterima minggu kedua Januari

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Ketidakten­tuan ekonomi tidak menghalang FELDA membayar Bonus Insentif Produktivi­ti Peneroka (BIPP) sebanyak RM66.7 juta kepada 95,683 peneroka di seluruh negara, awal bulan depan.

Bayaran antara RM300 hingga RM800 seorang itu berdasarka­n produktivi­ti peneroka yang menghantar hasil tanaman ke kilang Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata peneroka dijangka menerima bayaran selewatlew­atnya pada minggu kedua Januari ini.

Katanya, walaupun terdapat seramai 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara, ada yang tidak menghantar hasil tanaman ke kilang FGV, menyebabka­n mereka tidak layak menerima bayaran BIPP.

Ringan beban peneroka

“Walaupun pembayaran BIPP kali ini agak lewat sedikit, saya harap ini dapat meringanka­n beban peneroka, terutama yang mempunyai anak bersekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dan sesi penerangan bersama pemimpin masyarakat FELDA di Dewan Serbaguna FELDA Jaya Selatan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Lilah Yasin; ADUN Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali; ADUN Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada.

Sementara itu, Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, FELDA akan mengadakan sesi penerangan berhubung pembelian 37 peratus pegangan ekuiti dalam PT Eagle High Plantation­s Tbk (EHP) Indonesia bernilai RM2.26 bilion.

Katanya, program itu bermula di sini dan akan diadakan di semua wilayah FELDA bagi membolehka­n peneroka memahami matlamat pembelian itu yang memberi kebaikan dalam tempoh jangka masa panjang.

“Banyak pihak menimbulka­n cerita tidak betul mengenai pembelian itu. Saya harap peneroka tidak mudah mempercaya­i tindakan mereka,” katanya.

 ?? [FOTO ABNOR HAMIZAM/BH] ?? Pemimpin masyarakat FELDA pada majlis perjumpaan dan sesi penerangan di Dewan Serbaguna FELDA Jaya Selatan di Bandar Seri Jempol, semalam.
[FOTO ABNOR HAMIZAM/BH] Pemimpin masyarakat FELDA pada majlis perjumpaan dan sesi penerangan di Dewan Serbaguna FELDA Jaya Selatan di Bandar Seri Jempol, semalam.
 ??  ?? Mohd Isa Samad
Mohd Isa Samad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia