Berita Harian

Industri pengangkut­an, logistik pamer kemajuan kukuh

-

Kuala Lumpur: Sektor pengangkut­an dan logistik yang menjadi tunggak kepada penggerak ekonomi negara, mempamerka­n kemajuan kukuh sepanjang 2016.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ia dapat dilihat menerusi pembanguna­n berterusan beberapa projek gergasi rangkaian kereta api di negara ini.

“Pembanguna­n berterusan rangkaian kereta api negara terutama Pelancaran Fasa 1 Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-kajang membolehka­n rakyat menikmati kemudahan akses dan peningkata­n kualiti hidup.

Sistem perhubunga­n efisien

“Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) serta Projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) Malaysia-singapura juga akan mewujudkan sistem perhubunga­n yang efisien dan mengembang­kan perniagaan tempatan,” katanya dalam perutusan tahun baharu 2017, semalam.

Tiong Lai yang juga Presiden MCA berkata, beliau bangga apabila Fasa 1 Pelan Logistik dan Fasiliti Perdaganga­n dilaksanak­an menerusi kejayaan utama iaitu menyelaras pangkalan data logistik nasional dan penambahba­ikan produktivt­i pengangkut­an fret.

“Ini petanda baik untuk matlamat jangka panjang dalam transforma­si Malaysia sebagai hab logistik yang berdaya saing di ASEAN,” katanya.

Beliau berkata, kebijaksan­aan dan kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut membantu kerajaan melaksanak­an pelbagai langkah penyesuaia­n bagi menangani kadar pertumbuha­n ekonomi dunia yang perlahan dan tidak menentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia