Berita Harian

‘Mukhriz jadi PM jika pembangkan­g menang’

Bekas Naib Pengerusi DAP dakwa Tun M buat perjanjian sulit dengan Kit Siang

- Oleh Nazura Ngah

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, manakala Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tunku Abdul Aziz yang juga aktivis sosial berkata, beliau menerima maklumat yang boleh dipercayai berhubung pakatan baharu antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kit Siang yang juga Penasihat DAP yang membuat perjanjian sulit pada 3 Disember lalu.

Beliau mendakwa, perjanjian itu dimeterai di luar pengetahua­n pemimpin pembangkan­g, termasuk Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus mengakhiri perjalanan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya.

Bercanggah cadangan angkat Wan Azizah

Perjanjian itu katanya, dibuat sehari sebelum Dr Mahathir membuat kejutan menghadiri Konvensyen DAP Ke-50, walaupun DAP mendakwa Pengerusi PPBM itu tidak dijemput.

Katanya, perjanjian rahsia itu secara tidak langsung bercanggah dengan cadangan Kit Siang sebelum ini yang menamakan Wan Azizah dan Muhyiddin masingmasi­ng sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara jika pembangkan­g memenangi PRU-14.

“Cadangan Kit Siang itu sematamata political red herring (politik mengalihka­n perhatian daripada isu lain). Ia adalah helah disengajak­an untuk mengaburi pengundi Melayu kerana Kit Siang amat mengetahui orang Melayu tidak akan menyokong pakatan pembangkan­g jika beliau berhasrat menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Impian dan cita-cita Kit Siang untuk diri dan anaknya (Lim Guan Eng) tiada had batasan. Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpin­an DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancanga­n Kit Siang sebenarnya,” katanya.

Cadangan Kit Siang itu semata-mata ‘political red herring’. Ia adalah helah disengajak­an untuk mengaburi pengundi Melayu” Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia