Berita Harian

Atlet Olimpik Rio 2016 harumkan nama Malaysia

- Helmi Talkah bhsukan@bh.com.my

Tahun 2016 boleh disifatkan tahun ‘luar biasa’ untuk arena sukan negara berdasarka­n pencapaian yang dilakar kontinjen Malaysia pada temasya Olimpik dan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil. Bagi kontinjen Olimpik negara, walaupun masih gagal dalam pemburuan meraih emas pertama pada temasya berprestij dunia itu, namun pencapaian di Rio adalah yang terbaik buat Malaysia sepanjang penyertaan pada Olimpik.

Sukan badminton paling cemerlang dan kekal sebagai penyumbang pingat utama negara apabila membawa pulang tiga perak menerusi jaguh perseorang­an, Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem-tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-goh Liu Ying (beregu campuran).

Ia pencapaian luar biasa buat sukan badminton yang mengejutka­n dunia menerusi kejayaan mereka ketika hampir menjadi penyumbang emas pertama buat Malaysia.

Gandingan Pandelela Rinongcheo­ng Jun Hoong menceriaka­n kem kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pertama pingat Malaysia di Rio selepas meraih perak menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Pelumba sensasi trek negara, Mohd Azizulhasn­i Awang tidak ketinggala­n meletakkan namanya sebagai penyumbang pingat selepas meraih gangsa acara keirin.

Kontinjen Paralimpik negara mencipta sejarah di bumi Rio apabila buat kali pertama berjaya memenangi emas. Bukan satu tetapi tiga emas yang dibawa pulang selain satu gangsa - kejayaan yang membuka mata seluruh rakyat Malaysia betapa golongan kurang upaya juga mampu mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa.

Tiga emas disumbangk­an oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter (m) T36, Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh T20).

Lebih membanggak­an, Ziyad dan Latif berjaya memecahkan rekod dunia pada temasya itu dalam acara masing-masing. Gangsa kontinjen Paralimpik disumbangk­an oleh Siti Noor Radiah Ismail menerusi acara lompat jauh.

Kerja keras berbaloi

Segala kerja keras atlet Olimpik dan Paralimpik yang berjuang bermatimat­ian bagi mengharumk­an nama negara tampak berbaloi menerusi pelbagai ganjaran dan pengiktira­fan yang diterima mereka daripada kerajaan dan sektor swasta sehingga digelar jutawan muda. Apa pun, mereka berhak untuk menerimany­a.

Kalendar arena sukan negara 2016 turut dimeriahka­n dengan penganjura­n Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak yang berlangsun­g Julai lalu dalam meneruskan misi mencari bakat baharu untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Selangor muncul juara keseluruha­n SUKMA ke-18 selepas berjaya mengumpulk­an 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa, bagi menghampak­an Sarawak selaku tuan rumah di kedudukan kedua dengan himpunan 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa. Terengganu di tempat ketiga dengan 47 emas, 42 perak dan 44 gangsa.

Lebih membanggak­an, bumi Sarawak juga menjadi saksi kejayaan atlet pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan meleburkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter ketika meraih pingat emas. Khairul yang juga pelari remaja terpantas Asia dan mara ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia di Poland tahun ini mencatat kepantasan 10.18 saat mengatasi catatan 10.30 saat milik Watson Nyambek, 18 tahun lalu.

Sukan nombor satu negara, bola sepak turut mempunyai 1001 cerita yang ingin dikongsika­n sepanjang

2016 dan paling mencuri tumpuan serta menimbulka­n kontrovers­i adalah persaraan empat tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT), S Kunanlan, Amirul Hadi Zainal, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak daripada skuad kebangsaan.

Pelbagai spekulasi timbul berhubung keputusan empat pemain itu, namun yang pasti ketiadaan mereka jelas dirasai skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee apabila gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada kempen Piala Suzuki AFF, bulan lalu.

Kontrovers­i arena bola sepak

Arena bola sepak terus menimbulka­n kontrovers­i ketika berbaki sebulan sebelum tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula apabila dua pasukan gergasi, Selangor dan Kelantan mengancam untuk menarik diri selain Perlis, gara-gara kekurangan dana bagi menampung perbelanja­an pasukan.

Masalah yang bagaikan menjadi rencah setiap tahun itu jelas membuktika­n betapa Malaysia belum bersedia ke arah penswastaa­n liga yang dijangka sepenuhnya bermula 2018.

Apa pun, tumpuan peminat sukan tanah air apabila tirai 2017 disingkap sudah pasti terarah kepada penganjura­n Sukan SEA yang menyaksika­n Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.

Tidak hanya sekadar mahu menjadi tuan rumah, kontinjen Malaysia meletakkan sasaran untuk muncul juara keseluruha­n pada temasya dwitahunan itu. Ia selaras persiapan Malaysia yang melancarka­n Program Kita

Juara khusus bagi meraih gelaran juara keseluruha­n di Kuala Lumpur.

Segala kerja keras atlet Olimpik dan Paralimpik yang berjuang bermatimat­ian bagi mengharumk­an nama negara tampak berbaloi menerusi pelbagai ganjaran dan pengiktira­fan yang diterima mereka daripada kerajaan dan sektor swasta sehingga digelar jutawan muda. Apa pun, mereka berhak untuk menerimany­a”

 ??  ?? Atlet sukan Olimpik Rio 2016 disambut ketika tiba di Kompleks Bunga Raya, Sepang.
Atlet sukan Olimpik Rio 2016 disambut ketika tiba di Kompleks Bunga Raya, Sepang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia