Berita Harian

‘Jenaka tersirat mesej’

Arwah SM Salim dikenang berhati mulia, suka bergurau

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Penyanyi legenda lagu Melayu asli, Allahyarha­m Tan Sri SM Salim yang disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini, semalam, dikenang sebagai insan berhati mulia, suka bergurau tetapi terselit nasihat berguna dalam jenakanya.

Mengenali arwah ketika beliau bertugas sebagai penyampai radio di RTM, penyanyi, Datuk M Daud Kilau terkenang sifat SM Salim suka bergurau sebelum membuat persembaha­n pentas.

“Arwah mula-mula memutarkan lagu saya di radio, jadi sedikit-sebanyak orang kenal saya.

“Lawak jenaka ibarat ‘sahabat’ dia. Disebabkan itulah orang mengenali arwah,” katanya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini, semalam.

Allahyarha­m meninggal dunia di rumah anaknya di Sering Ukay, Hulu Klang, pada jam 5.45 petang kelmarin akibat sakit tua.

Terdahulu, jenazah Allahyarha­m dimandi, dikapan dan disembahya­ngkan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini. Yang turut menziarah Uji Rashid, Datuk Jeffrydin, Datuk M Nasir dan Herman Tino

Menderita sakit saraf sejak 17 tahun lalu, SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, meninggalk­an isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani dan tujuh anak, iaitu Sheikh Samsudin, 68; Siti Noraishah, 60; Siti Nur Huda, 56; Siti Maheran, 54; Siti Huzayah, 53; Sheikh Shamsul, 51, dan Siti Zubaidah, 35.

Gurauan terselit mesej

M Daud berkata, usikan dan gurauan arwah sering terselit mesej dan nasihat berguna.

Pengarah muzik, Datuk Acis berkata, arwah sering bercerita pengalaman menghiburk­an anggota tentera yang bertugas di bawah Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) di Congo pada 1960, setiap kali berkunjung ke rumahnya.

“Arwah suka berseloroh. Saya panggil arwah ‘Congo Warrior’ sebab dia suka bercerita walaupun saya sudah dengar cerita yang sama berulang kali. Dia seorang penyanyi rap asli kerana hanya dia artis ketika itu yang pertama bercakap ketika menyanyi,” katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zack Kool teringat kenangan menjadi penari latar untuk persembaha­n arwah selain kumpulan yang dianggotai­nya ketika itu, Kool, berganding mendendang­kan lagu Zaman.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Siti Noraishah (dua dari kiri) tidak dapat menahan sebak ketika menyiram air mawar pada pusara bapa, SM Salim di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Siti Noraishah (dua dari kiri) tidak dapat menahan sebak ketika menyiram air mawar pada pusara bapa, SM Salim di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia