Berita Harian

UMNO Ampang, JMM sokong tindakan Jamal

Usaha bagi jadikan kawasan Ampang sifar kegiatan judi haram, rumah urut

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

UMNO Bahagian Ampang menyokong tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang melakukan ‘pemeriksaa­n dan menyerbu’ dua unit premis judi haram di Taman Kosas di sini, kelmarin.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo, berkata pihaknya sudah banyak kali membuat pendedahan dan bantahan kepada kerajaan negeri, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kewujudan banyak premis perjudian di Selangor namun kegiatan itu masih berleluasa.

Beliau berkata, berdiri teguh dan akan bersama Jamal serta NGO lain dalam usaha membantera­s kegiatan judi haram dan seterusnya menjadikan kawasan Ampang sifar daripada kegiatan judi haram serta kegiatan maksiat seperti rumah urut.

Desakan tak diendah

“Apa yang saya nampak, desakan kami supaya kegiatan judi dan maksiat ini dibanteras habis-habisan tidak diendahkan oleh pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kami berasa seolah-olah kegiatan itu dilindungi oleh pihak tertentu seperti ahli-ahli majlis dan seperti yang kita pernah dedahkan sebelum ini mengenai kekayaan luar biasa dimiliki individu tertentu,” katanya pada sidang media di Taman Kosas di sini, semalam.

Beliau sebelum itu bersama Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd Salleh melawat premis judi haram yang ‘diserbu’ oleh Jamal, kelmarin.

Sementara itu, Hamdan berkata desakan untuk menutup premis judi haram itu datang bukan saja daripada kalangan NGO malah masyarakat bersungguh-sungguh mahu kegiatan itu dibanteras habis-habisan.

 ??  ?? Ismail (tiga dari kanan) dan Hamdan pada sidang media susulan tindakan lawatan ke 2 lokasi premis judi di Ampang Selangor pada 29 Disember lalu di Taman Kosas, Ampang.
Ismail (tiga dari kanan) dan Hamdan pada sidang media susulan tindakan lawatan ke 2 lokasi premis judi di Ampang Selangor pada 29 Disember lalu di Taman Kosas, Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia