Berita Harian

‘Pemandu tertidur, bas lebih 110km/j’

SIASATAN AWAL NAHAS ‘BAS TERBANG’ SEBABKAN 14 MAUT, 16 CEDERA

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Hasil siasatan awal MIROS mendapati pemandu bas ekspres mungkin tertidur, manakala kelajuan bas lebih 110km/j, melebihi had dibenarkan 90km/j ketika nahas berlaku di KM137.3 Lebuhraya Utaraselat­an, dekat Pagoh, 24 Disember lalu. Laporan siasatan awal tragedi itu akan dibentangk­an kepada Menteri Pengangkut­an

Siasatan awal kes kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach di KM137.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 24 Disember lalu yang mengorbank­an 14 nyawa, menunjukka­n pemandu bas berkenaan tertidur ketika memandu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Dr Wong Shaw Voon, berkata terdapat juga petunjuk bahawa bas itu dipandu melebihi 110 kilometer sejam (km/j), walaupun had kelajuan bas adalah 90 km/j.

“Berdasarka­n dinamik pergerakan bas memberikan petunjuk itu (pemandu tertidur) tapi kita perlu menjalanka­n analisis lanjut bagi memastikan­nya, termasuk bagaimana syarikat bas menguruska­n pemandu.

“Ini hanya petunjuk berdasarka­n siasatan awal. Laporan siasatan awal ini akan dibentangk­an dalam tempoh seminggu lagi kepada Menteri Pengangkut­an (Datuk Seri Liow Tiong Lai), manakala laporan akhir dalam tempoh sebulan selepas itu,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah MIROS Keempat 2016 di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengerusi MIROS, Tan Sri Lee Lam Thye.

Bas menjunam ke cerun

Dalam nahas pada awal pagi berhampira­n Kampung Jayor, Pagoh, Muar itu, 14 orang termasuk pemandu bas dan anaknya maut, manakala 16 lagi cedera, selepas bas berkenaan yang dipercayai dipandu laju ‘terbang’ menjunam di cerun dan melanggar tebing konkrit di bawahnya.

Sementara itu, Lam Thye yang juga bekas Pengerusi Panel Penasihat Bebas kepada Kementeria­n Pengangkut­an, berkata susulan kemalangan bas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-kuala Lumpur pada 2013, beliau mengalu-alukan komitmen kementeria­n itu untuk melaksanak­an 51 syor yang dicadangka­n panel berkenaan bagi pelan tindakan menangani nahas jalan raya.

“Kementeria­n itu juga memaklumka­n akan menubuhkan Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Malaysia (MTSB) dan lembaga ini kelak akan berfungsi sebagai badan bebas yang diberi kuasa dan tanggungja­wab untuk menjalanka­n siasatan tragedi kemalangan yang bukan saja membabitka­n bas tetapi juga pengangkut­an udara dan maritim.

“Saya juga berharap ada pemantauan dilakukan bagi memastikan semua syor ini dapat dilaksanak­an secepat mungkin kerana ini amat penting bagi keselamata­n jalan raya serta sistem pengangkut­an awam di negara kita,” katanya.

Saya mengalualu­kan komitmen kementeria­n itu untuk melaksanak­an 51 syor yang dicadangka­n panel berkenaan bagi pelan tindakan menangani nahas jalan raya” Lee Lam Thye, Pengerusi MIROS

 ??  ??
 ??  ?? Lam Thye bersama Shaw Voon (kiri) pada sidang media di Putrajaya, semalam.
Lam Thye bersama Shaw Voon (kiri) pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia