Berita Harian

Senario tarik diri rugikan bola sepak negara

- Mohd Salleh Osman Presint 6, Putrajaya

Awal musim 2016 lalu, Liga Malaysia (Liga M) dimeriahka­n dengan kemunculan usahawan kosmetik Bumiputera tanah air yang berlumba lumba menaja pasukan bola sepak tempatan.

Pada awalnya fenomena itu dilihat sebagai suatu transforma­si positif yang dapat memajukan sukan bola sepak tanah air.

Namun, panas akhirnya tidak sampai ke petang. Ada yang mula ‘insaf’ dan mengalah. Bola sepak bukanlah platform yang sesuai untuk mengembang­kan sayap perniagaan.

Sokongan yang amat nipis peminat tempatan terhadap produk jenama mereka menyebabka­n pelaburan tidak berbaloi lalu jalan terbaik adalah mengundurk­an diri sebelum tiba waktunya. Selain itu, penajaan syarikat pengeluar barangan sukan dan minuman isotonik serta syarikat korporat juga masih terlalu rendah bahkan berpilih.

Faktor kewangan

Apa yang pasti, isu penajaan dan kemelut kewangan yang melanda beberapa persatuan bola sepak negeri kini sampai ke kemuncakny­a.

Kelantan, Perlis dan Selangor antara pasukan yang memberi gambaran awal untuk menarik diri dari Liga M jika masalah kewangan mereka tidak mampu diselesaik­an sebelum sepak mula.

Hakikatnya, keputusan menarik diri dari menyertai Liga M boleh membunuh karier pemain berbakat dan minat penyokong di peringkat akar umbi.

Pemain akan hilang arah tuju untuk meneruskan kerjaya profesiona­l mereka, malah proses membentuk kembali sesebuah pasukan akan mengambil masa yang panjang ekoran ramai pemain berhijrah ke pasukan lain.

Bahkan, pembabitan pemain berbakat skuad Piala Presiden dan Piala Belia juga akan menjadi sia-sia kerana tidak berpeluang diserap ke skuad senior untuk ke peringkat lebih tinggi.

Sindrom menarik diri oleh pasukan ternama ini jika tidak diberi perhatian serius boleh meruntuhka­n keseluruha­n struktur bola sepak negara. Jadi, sistem pengendali­an sukan rakyat nombor satu negara ini perlu diberi pembaharua­n yang lebih kukuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia