Berita Harian

Pameran 84 koleksi tulang

Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya tawarkan bahan pameran unik

- Oleh Bennie Zie Fauzi

Kedengaran seperti menyeramka­n apabila Muzium Alam Semula Jadi di Putrajaya mempamerka­n koleksi rangka atau skeleton, tengkorak dan struktur tulang sama ada manusia atau haiwan.

Pameran ini menjelaska­n secara terperinci sistem rangka yang disifatkan struktur utama menyokong tubuh dan organ semua hidupan.

Ia bibahagika­n kepada dua jenis iaitu sistem rangka luar (eksoskelet­on) dan dalaman (endoskelet­on).

“Pameran ini juga menjelaska­n bagaimana proses evolusi berlaku jutaan tahun lalu bertanggun­g jawab membentuk rupa mamalia, reptilia, amfibia, serangga, unggas dan sebagainya,” kata Kurator Zoologi, Nor Zela Suleiman @Sulaiman.

Setiap tulang ada fungsi tersendiri

Sebanyak 84 koleksi simpanan Muzium Alam Semula Jadi bergabung dengan Muzium Perak itu untuk dihayati pengunjung mengenai sistem rangka.

Melalui pameran, pengunjung memperoleh pengetahua­n mengapa sesetengah haiwan berkaki dua, empat malah ada yang tidak berkaki, soket mata berbentuk lonjong atau terletak di hadapan, tengkorak berongga, struktur rahang, gigi dan sebagainya.

Nor Zela memberi contoh musang yang memiliki ekor panjang berfungsi menyeimban­gkan pergerakan tubuhnya, manakala kucing memiliki soket mata di hadapan bagi membantuny­a menganggar jarak dengan tepat.

“Anjing khasnya baka German Shepherd memiliki rongga bau lebih cekap sekali gus membantuny­a mengesan dan mengecam bau dengan lebih baik dalam kalangan haiwan,” katanya.

Rangka Arapaima curi tumpuan

Menerusi 28 koleksi skeleton, 51 tengkorak, sepuluh jenis tulang dan enam spesimen diawet yang dipamerkan, sama ada secara terbuka atau disusun rapi dalam kotak kaca menyediaka­n peluang buat pengunjung mempelajar­i osteologi tetapi juga anatomi dan fisiologi haiwan.

Sesetengah artifak payah ditemui dalam kehidupan harian seperti katak gergasi, Goliath berukuran lebih 30 inci dengan berat melebihi tiga kilogram yang ditangkap di Cameroon.

Turut mencuri tumpuan rangka ikan Arapaima yang berasal dari Lembah Amazon, gajah Asia dan struktur rangka lengkap kambing gurun jantan.

Arapaima yang didakwa haiwan pelihara eksotik unik menerusi lidah bertulang dan bergerigi tajam yang digunakan bagi melumpuh dan mencarik daging mangsanya.

Rangka ular pula mempunyai 180 hingga 400 ruas tulang bergantung spesies berbanding manusia hanya 33 ruang tulang.

“Seperkara mengenai ular, ia mempunyai rahang lebih kuat disebabkan struktur bawahnya dibina daripada beberapa gabungan tulang,” kata Nor Zela.

 ??  ?? Hafiy Najhan Nazaruddin, 7, (kanan) dan Najwa Husna Nazaruddin, 7, melihat rangka tulang ikan Arapaima.
Hafiy Najhan Nazaruddin, 7, (kanan) dan Najwa Husna Nazaruddin, 7, melihat rangka tulang ikan Arapaima.
 ??  ?? Tulang rangka ikan paus antara yang dipamerkan di Pameran Skeleton, Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Tulang rangka ikan paus antara yang dipamerkan di Pameran Skeleton, Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 ??  ?? Rangka tulang musang dan kucing hutan.
Rangka tulang musang dan kucing hutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia