Berita Harian

Sandaran utama The Gunners

Meskipun kontrak lanjutan bersama Arsenal belum dimuktamad­kan, Alexis Sanchez tetap memasang tekad membantu Arsene Wenger menjulang gelaran liga dengan memastikan kemenangan pada pertemuan melawan Crystal Palace di Emirates malam ini.

- London

̌

Arsene Wenger mengakui pertemuan semula dengan seteru lama Sam Allardyce mungkin mencetuska­n bahaya buat Arsenal untuk bangkit memburu gelaran apabila Crystal Palace berkunjung ke Stadium Emirates, esok.

Wenger dilihat sering kali bercanggah pemikiran dengan Allardyce pada masa lalu dan kelibat pengurus Palace itu di tepi padang mungkin memberi masalah buat pengendali Arsenal itu nanti.

Dengan menghuni tangga keempat ketika ini, Arsenal dilihat mahu mengelak daripada tercicir jauh berbanding seteru utama dan apa diperlukan Wenger ketika ini ialah menewaskan pasukan kendalian bekas pengurus Bolton dan West Ham itu yang mahu mengelak dari zon penyingkir­an.

Pengalaman, kualiti teknikal

Allardyce bakal mengendali Palace untuk kali kedua sejak menggantik­an Alan Pardew yang dipecat namun perlawanan pertamanya - terikat 1-1 dengan

Apabila kamu melihat kepada skuad mereka, ia adalah sebuah skuad berbakat kerana mereka mempunyai penyerang berpotensi, pantas menyerang dan sangat serba boleh” Wenger, Pengendali Arsenal

Watford pada Boxing Day - dianggap sebagai bayangan yang pasukan sudah pun dapat menyesuaik­an diri dengan keinginan pengurus baharu itu.

Menang tipis ke atas West Bromwich Albion menerusi jaringan lewat Isnin lalu dan tewas kepada Everton serta Manchester City, Arsenal mungkin harus meningkatk­an prestasi mereka bagi meletakkan pasukan di kedudukan lebih baik untuk tahun 2017.

“Adalah menjadi keutamaan buat semua pasukan untuk kekal di dalam liga, ia menjadi satu masalah besar buat semua pihak dan apabila pasukan mencari pengurus, dia adalah salah seorang yang mempunyai pengalaman dan kualiti.

“Tahap keyakinan ataupun tahap kepantasan sentiasa membuak-buak apabila pengurus baharu mengendali pasukan. Itu akan membuat perlawanan menjadi lebih sukar.

“Mereka mempunyai pengalaman, mereka juga mempunyai kualiti teknikal. Ia adalah sebuah pasukan yang boleh menjadi merbahaya buat semua orang,” kata Wenger.

 ??  ?? Pemain Arsenal, Alexis Sanchez (kanan) diasak pemain Crystal Palace pada aksi EPL musim lalu.
Pemain Arsenal, Alexis Sanchez (kanan) diasak pemain Crystal Palace pada aksi EPL musim lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia