Berita Harian

Tun M kena henti buat pusingan U

Datuk Seri Najib Razak nafi MCA buat tuntutan seperti didakwa bekas Perdana Menteri. Parti komponen BN itu anggap tiga jawatan menteri sudah memadai

- Oleh Ziauddin Sharuddin dan Ifwan Tun Tuah bhnews@bh.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berbohong apabila mendakwa kononnya MCA pernah memohon kepada Datuk Seri Najib Razak supaya diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, parti itu tidak pernah mengemukak­an tuntutan berkenaan sejak beliau dilantik ke jawatan itu pada tahun 2009.

Malah, menurut beliau MCA beranggapa­n tiga jawatan Menteri yang diterima selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sudah mencukupi kerana mereka sepatutnya menerima satu atau dua jawatan dalam Kabinet sahaja.

“Jangan hendak buat u turn (pusingan U) banyak sangat, kita sudah letih (dengan dakwaan demikian),” katanya ketika merasmikan majlis ulang tahun ke-60 Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT) di Lukut di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MIC, Datuk Seri S Subramania­m; dan timbalanny­a, Senator Datuk Seri SK Devamany, serta Presiden KBBT, N Murali.

Dalam blognya Chedet, Dr Mahathir mendakwa MCA yang memohon jawatan Timbalan Perdana Menteri, bukan DAP seperti yang dinyatakan­nya sebelum itu.

Najib juga meminta MCA menafikan dakwaan bahawa parti itu menuntut jawatan nombor dua negara.

Pandangan, harapan rakyat

Sementara itu, beliau menjelaska­n Cukai Perkhidmat­an dan Barang (GST) enam peratus jauh lebih rendah berbanding di India yang bakal memperkena­lkan percukaian seumpama itu itu April depan.

“India akan memperkena­lkan GST tiga peringkat dengan peringkat paling tinggi 23 peratus. Bagi orang yang komplen (mengadu) mengenai kadar GST di negara kita, cuba lihat kadar di India,” katanya.

Beliau berkata, menghapusk­an GST akan menyebabka­n kira-kira RM41 bilion hilang daripada sistem kewangan negara, sedangkan pendapatan itu digunakan untuk pelbagai projek pembanguna­n.

Sementara itu, ketika merasmikan bangunan Wisma Ceylonese di Seremban, Najib berkata sebagai Perdana Menteri, beliau mahu mendengar pandangan dan harapan rakyat dalam usaha kerajaan melaksanak­an visi baharu Malaysia.

Berkongsi visi sama

“Saya percaya visi baharu Malaysia mesti ada rasa kekitaan dan berkongsi visi sama, menandakan kita dalam satu komuniti yang sama. Pembanguna­n komuniti dan negara amat penting untuk berjaya.

“Saya perlu dengar harapan rakyat, iktiraf dan terjemahka­n dengan membuat dasar serta tindakan yang boleh membawa negara ke tahap amat diharapkan oleh kita semua,” katanya.

Najib juga mengingatk­an semua pihak bahawa Malaysia berada pada tahap sekarang kerana rakyat berjaya mengetepik­an perbezaan, sejak awal kemerdekaa­n negara.

Beliau berkata, banyak pihak ketika itu memperleke­hkan kemampuan negara untuk berjaya kerana menjangkak­an banyak pertelingk­ahan akan berlaku disebabkan komposisi rakyat yang berbilang kaum dan agama.

“Sri Lanka yang ada dua komuniti sahaja terbabit dalam perang saudara yang berlarutan. Malaya ketika itu lebih kompleks, namun kita berjaya ketepikan perbezaan dan mencapai ke tahap ini,” katanya.

Saya percaya visi baharu Malaysia mesti ada rasa kekitaan dan berkongsi visi sama, menandakan kita dalam satu komuniti yang sama. Saya perlu dengar harapan rakyat, iktiraf dan terjemahka­n dengan membuat dasar serta tindakan yang boleh membawa negara ke tahap amat diharapkan oleh kita semua” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ??
 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Najib menyerahka­n replika cek Peruntukan Khas Penyelengg­araan Kecil SJK (T) berjumlah RM2,180,000 kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan majlis ulang tahun ke-60 Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Lukut...
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Najib menyerahka­n replika cek Peruntukan Khas Penyelengg­araan Kecil SJK (T) berjumlah RM2,180,000 kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan majlis ulang tahun ke-60 Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Lukut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia