Berita Harian

UMNO perlu agresif tangkis dakyah antikeraja­an: TPM

Sayap parti kena kerja keras yakinkan masyarakat terhadap pemimpin

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu ketiga-tiga sayap UMNO agresif dan tersusun untuk menangkis serangan pemikiran serta persepsi pihak antikeraja­an menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian ahli akademik mendapati, persepsi negatif masyarakat terhadap UMNO, Barisan Nasional (BN) dan pemimpin kerajaan masih tinggi.

Katanya, ia berikutan media dalam talian yang antikeraja­an berjaya menukar pemikiran dan persepsi golongan sasaran serta masyarakat untuk memandang negatif terhadap UMNO dan kerajaan.

“Saya minta kepada semua ahli parti, khususnya ketiga-tiga sayap untuk berubah dan melangkah ke hadapan menguasai strategi komunikasi baharu dan konvension­al untuk mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO dan BN.

“Peperangan persepsi dan pemikiran dalam media baharu yang tidak ditangani dengan berkesan menyebabka­n kita hampir kecundang dan tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU-12 dan PRU-13.

Ubah kaedah dan medium

“Kita mesti ubah kaedah dan medium. Dalam keadaan ini, kita harus keluar daripada gelanggang dan pemikiran lama.

“Persepsi dan daya pemikiran harus diubah. Persepsi negatif terhadap UMNO, BN dan kerajaan juga harus diubah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Skuad Penerangan dan Media Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merangkap Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari.

Contohi tentera siber AS

Ahmad Zahid berkata, aktivis komunikasi dan media sosial UMNO termasuk ‘tentera sibernya’ boleh mencontohi tentera siber Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump dan Bharatiya Janata Party (BJP) di India yang memanfaatk­an media sosial untuk mempengaru­hi pemikiran serta persepsi masyarakat terhadapme­reka.

“Tanpa kekuatan media sosial, Trump tidak mungkin menang. Begitu juga BJP. Kita contohi cara mereka tetapi gunakan acuan kita untuk mempengaru­hi pemikiran dan persepsi pengundi untuk kembali menyokong UMNO dan BN,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Shahrizat dan Rosni (dua dari kanan) ketika majlis pelancaran Skuad Penerangan dan Media Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Ahmad Zahid bersama Shahrizat dan Rosni (dua dari kanan) ketika majlis pelancaran Skuad Penerangan dan Media Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia