Berita Harian

FELDA tak halang siasatan SPRM

Agensi beri jaminan tidak lindungi salah laku kakitangan

- Oleh Zuraidah Mohamed

FELDA tidak ada halangan jika sebarang audit dalaman dilakukan terhadap agensi itu, sekali gus mengundang siasatan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusin­ya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata beliau tidak akan melindungi atau menutup perbuatan mana-mana pegawai dan kakitangan FELDA yang dikesan melakukan kesalahan sepanjang audit dilakukan.

“Umpamanya, kalau audit dijalankan termasuk bagi aktiviti FELDA, kita kena sokong proses itu.

“Kalau sudah audit, sudah nampak tak betul (maka) kenalah siasat oleh SPRM. Saya tidak akan menyekat atau menghentik­an proses itu.

Pastikan tak berlaku ketirisan

“Ini semua bagi memastikan tiada sebarang ketirisan dalam tadbir urus FELDA dan pada masa sama, mengembali­kan FELDA kepada peranan asal penubuhann­ya,” katanya pada Majlis Makan Malam Kami Anak FELDA di FELDA Bukit Batu di sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembanguna­n Komuniti FELDA) merangkap Penasihat Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF), Anuar Malik; Pengerusi KAF, Fakhrurraz­i Mohd Habib dan Pengerusi KAF Wilayah Segamat, Rasali Md Yassin.

Mengulas mengenai penahanan seorang pengurusan Iris Corporatio­n Bhd, berhubung dakwaan rasuah membabitka­n projek e-pasport Republik Guinea, Shahrir berkata, beliau tidak menghalang siasatan kes itu demi menjaga nama baik FELDA yang mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

Saran iktiraf KAF wakil warga FELDA

Terdahulu, Fakhrurraz­i menyaranka­n KAF diiktiraf sebagai wakil warga FELDA supaya dibenarkan menduduki Jawatankua­sa Perunding Peneroka (JKPP) bagi menyumbang idea serta meningkatk­an lagi peranan pertubuhan itu.

Katanya, ketika ini KAF mempunyai kira-kira 20,000 ahli dan dijangkaka­n meningkat kepada 30,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

“Kami minta FELDA untuk menimbangk­an cadangan memajak lot dan tanah kosong seluas kirakira 40,000 hektar di atas tanah rancangan KAF bagi membolehka­n lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan untuk anak FELDA,” katanya. Pengerusi FELDA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia