Berita Harian

MPD bantu mangsa bah

-

Kampung Nipah di sini, kelmarin, ditemui lemas di Pantai Irama di sini pada jam 10.15 pagi semalam.

Mayat Ilham Mohd Hafiz, 15, ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia hilang. Bagaimanap­un, rakannya, Mohd Aiman Che Hasyim, 15, belum ditemui.

Tebing runtuh Dungun

Di , seramai 20 penduduk terpaksa berpindah selepas tebing di belakang kediaman mereka di Felda Kerteh Satu di sini, runtuh akibat hujan lebat, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, tiga peneroka iaitu Awi Mohd Nong, 54; Wan Aziz Wan Long, 56; dan Paidah Sulaiman, 69, bersama keluarga masing-masing, keluar menyelamat­kan diri selepas merasakan gegaran akibat pergerakan tanah.

Awi berkata, ketika kejadian hujan sangat lebat sebelum dia terdengar bunyi dentuman dan disusuli gegaran kuat dari arah dapur.

“Ketika itu saya bersama sembilan anak menonton televisyen di ruang tamu, manakala isteri yang berada di dapur berlari ke arah kami apabila mendengar bunyi dentuman dari belakang rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Di hujan lebat yang melanda daerah ini sejak dua hari lalu menyebabka­n cerun di Jalan Aring 8 - Simpang Tasik Kenyir (FT185 Seksyen 52) runtuh sepanjang 30 meter awal pagi semalam.

Jurucakap JKR Terengganu berkata, penutupan laluan itu dibuat jam 9.30 pagi semalam untuk membolehka­n kerja membaik pulih jalan berkenaan dapat dilakukan dengan segera.

Kuala Berang,

Kuala Terengganu: Keperitan mangsa banjir di Terengganu mendapat simpati Skuad Bencana Media Prima Digital (MPD) yang menyerahka­n 100 kit banjir serta peralatan perkakasan elektrik, semalam.

Kit banjir yang mengandung­i berus, ubat gigi dan biskut dianggarka­n bernilai RM50 setiap satu, diserahkan oleh Ketua Projek #skuadbenca­na MPD, Dhiya Aizat kepada Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Rusmi Mahmood di Pejabat JKM di Wisma Negeri di sini.

Dhiya berkata, kit banjir itu akan diserahkan oleh JKM kepada mangsa banjir di pusat pemindahan yang ditentukan oleh jabatan itu dalam masa terdekat.

Ringan beban mangsa

“Kit banjir ini diharap dapat membantu meringanka­n bebanan mangsa banjir,” katanya.

Pada sebelah petangnya, Skuad Bencana MPD menyampaik­an bantuan perkakasan elektrik seperti kipas meja, pengisar buah, dapur gas, paip getah dan tilam kepada mangsa banjir di Dewan Seri Putih, Kampung Tok Lawit, Kuala Berang.

Dhiya berkata, mangsa banjir amat memerlukan pelbagai barangan elektrik termasuk dapur gas yang musnah selepas ditenggela­mi banjir.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN/BH] ?? Sebahagian mangsa banjir di Pusat Pemindahan Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu menerima sumbangan daripada Kumpulan Media Prima Digital.
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN/BH] Sebahagian mangsa banjir di Pusat Pemindahan Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu menerima sumbangan daripada Kumpulan Media Prima Digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia