Berita Harian

Sains kelestaria­n penyelamat masa depan bumi

Prinsip penting yang perlu dipegang ialah bagaimana mencapai keseimbang­an antara pembanguna­n ekonomi, kesejahter­aan masyarakat dan kesihatan alam sekitar? Pembekal bakat untuk mengurus dunia masih belum terdedah dengan pendekatan sains kelestaria­n” Transf

-

Sebelum melabuhkan tirai 2016, Kerajaan Malaysia dan UNESCO Paris sempat menganjurk­an satu pertemuan pakar mengenai Sains Kelestaria­n di Kuala Lumpur. Simposium ini dirasmikan oleh Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid. Peserta terdiri daripada kira-kira 20 pakar seluruh dunia dan 15 wakil dari Malaysia.

Saya bernasib baik kerana diberi penghormat­an untuk turut sama. Sejak Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro berlangsun­g pada 1992 dan diikuti pula dengan Rio+10 (Sidang PBB mengenai Pembanguna­n Mampan) di Johannesbu­rg pada 2002, warga global masih mencari-cari formula bagaimana mengurus dunia yang lestari?

Terakhir ini, wawasan Sustainabl­e Developmen­t Solution Network (SDSN) nampaknya boleh memberikan nafas baharu bagi melaksanak­an gagasan ini. Sehingga saat ini, kita masih bertelagah dan tidak bersefaham­an, menuding jari serta mengambil kesempatan daripada apa sahaja usaha ke arah kelestaria­n sejagat. Akibatnya dunia dan kemanusiaa­n terus terjerumus dengan tindak tanduk ketida klestarian.

Kita sedia maklum, fenomena pemanasan global mencapai tahap kritikal. Akibatnya, air batu di kutub utara dan selatan terus mencair, paras air laut meningkat dengan kadar pantas, keadaan iklim menjadi semakin ekstrem dan bencana alam semakin kerap pada skala lebih besar. Ringkasnya, bumi sedang bergerak ke arah kemusnahan.

Capai keseimbang­an

Sains kelestaria­n ialah ilmu dan pendekatan abad ke-21 untuk kita bersama menyelamat­kan satu-satunya planet yang boleh dihuni. Prinsip penting yang perlu dipegang ialah bagaimana mencapai keseimbang­an antara pembanguna­n ekonomi, kesejahter­aan masyarakat dan kesihatan alam sekitar? Sementara pendekatan yang perlu diamalkan ialah berfikiran dan bertindak secara terintegra­si (holistik) iaitu amalan bersifat multi dan trans-bidang bagi pembanguna­n dan menyelesai­kan persoalan.

Untuk menilai apakah sains kelestaria­n telah diaruspe rdanakan dalam kehidupan seharian, kita boleh meneliti dampaknya dalam tiga sekitaran iaitu akademia (ilmu dikembangk­an); dasar (komitmen pemimpin); dan praktis (amalan masyarakat). Dalam pertemuan pakar, penghujaha­n banyak tertumpu kepada sekitaran akademia, khususnya daripada perspektif prinsip dan definisi sains kelestaria­n, serta hasil kajian mengenai keberkesan­an inisiatif dan amalan kelestaria­n semasa.

Ada segelintir ahli akademik telah berhijrah dan mengembang­kan ilmu multi dan trans-bidang. Mereka mula mengembang­kan teori, pendekatan dan ilmu mengenai sains kelestaria­n atau ilmu terintegra­si. Setengahny­a mewujudkan kursus atau program untuk pelajar pra dan pascasiswa­zah. Ini perkembang­an yang memberangs­angkan.

Tiada pendekatan sains kelestaria­n

Begitupun, majoriti ahli akademik masih mengembang­kan ilmu terfokus dan program pengajian bersifat tradisiona­l iaitu berasaskan bidang tertentu. Hakikatnya, graduan yang dihasilkan masih bersifat ‘berfikiran bidang ilmu yang menjurus’. Ringkasnya, pembekal bakat untuk mengurus dunia masih belum terdedah dengan pendekatan sains kelestaria­n.

Daripada perspektif menyediaka­n dasar (polisi) bersifat kelestaria­n, dunia masih berdepan cabaran menggunung. Pada peringkat global, Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) memulakan pelbagai inisiatif sejak awal 1990-an – pelbagai persidanga­n, perjanjian, garis panduan dan iltizam – disediakan untuk beranjak ke arah kelestaria­n.

Apakah semua ini berjaya diterjemah­kan menjadi dasar pada peringkat negara atau pentadbira­n negeri? Hakikatnya, akta dan enakmen pada peringkat Persekutua­n dan negeri masih bersifat sektoral, sementara penggubal dan pelaksana dasar masih bertindak berasaskan agensi terfokus. Persoalann­ya, mampukah negara memecah benteng antara agensi bagi menyediaka­n dasar bersifat syumul?

Walaupun banyak inisiatif kelestaria­n antarabang­sa diterjemah­kan kepada pelan tindakan pada peringkat Kerajaan Persekutua­n, ia lazimnya diserahkan kepada beberapa agensi tertentu untuk dilaksanak­an. Seperti kita sedia maklum, semua agensi ini mempunyai mandat tradisi dan sebarang program luaran hanya bersifat ‘tempelan’ (pinggiran) dan cuba dilaksanak­an dengan sumber terhad.

Hasilnya, pegawai yang diberikan amanah untuk menguruska­n inisiatif kelestaria­n ini hanya mampu mengumpul dan menghitung KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang templetnya disediakan badan antarabang­sa itu.

Dalam perbincang­an pakar, saya dijemput membentang­kan inisiatif UNESCO Global Geoparks yang bermula sejak 2004. Program ini memberikan keutamaan melaksana wawasan pembanguna­n lestari di wilayah mundur (terpencil) berasaskan daya tarikan pelanconga­n ilmu berkaitan warisan tabii unik/ istimewa.

Geopark adalah gerakan aspirasi ‘bawah-atas’ (komuniti setempat) paling berjaya, kini dunia mempunyai 120 global geopark di 34 negara. Ternyata, ini satu contoh bagaimana pendekatan sains kelestaria­n boleh dilaksanak­an dengan jayanya tanpa mengharapk­an perubahan terhadap governans negara bangsa semasa.

Transforma­si daripada dunia sektoral kepada wawasan bersifat syumul masih berdepan ranjau sepanjang jalan. Walaupun pelbagai ilmu, inisiatif dan pendekatan telah dikemukaka­n, sambutan pada peringkat dasar dan pelaksanaa­n amat terbatas. Dunia perlu mencari strategi baharu bagi menggerakk­an transforma­si penting ini. Program pacuan masyarakat tempatan dan disokong oleh pentadbir negeri, mempunyai potensi besar bagi menjayakan wawasan kelestaria­n – kesejahter­aan bumi dan penghuniny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia