Berita Harian

Cerita ekonomi dahulu, sekarang

-

Buku terbaru Charting The Economy yang ditulis oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, memperinci­kan mengenai perjalanan ekonomi Malaya yang bersandar kepada komoditi dalam 40 tahun pertama abad ke-20. Ia mengupas persoalan mengenai apakah legasi ekonomi penjajahan British di Semenanjun­g Tanah Melayu dan bagaimanak­ah prestasi ekonomi berbeza di bawah pengurusan nasional.

Buku itu terbahagi kepada enam bab dengan setiap satunya menceritak­an secara khusus mengenai pemahaman berhubung prestasi ekonomi dalam tempoh empat dekad itu. Bab satu dimulakan dengan pengenalan yang menerangka­n mengenai perbezaan pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n kontempora­ri Malaysia.

Ia turut menjelaska­n mengenai kajian pertumbuha­n ekonomi jangka panjang di Malaysia pada abad ke-12 sebelum ini kurang menyeluruh, di samping ketiadaan data statistik pendapatan negara sebelum Perang Dunia Kedua. Perinciann­ya diteruskan di dalam bab dua dengan topik Ekonomi Malaya dan Rakyatnya.

Dalam bab ini baginda menulis mengenai struktur terkini ekonomi Malaysia begitu meluas dan cukup pelbagai. Gabungan komponen pertanian dan perlombong­an dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot kepada kurang daripada 20 peratus.

Bab tiga dengan tajuk Menganggar­kan Sejarah KDNK pula menyentuh mengenai sejarah KDNK untuk 1900 hingga 1939.

Dalam membina anggaran sejarah itu, komponen perbelanja­an-penggunaan; perbelanja­an kerajaan; pelaburan; eksport dan import telah diperoleh.

Kaedah perbelanja­an yang digunakan tidak mengambil kira kawalan daripada pendekatan pengeluara­n atau anggaran pendapatan.

Setiap satu daripada komponen KDNK dinilai berdasarka­n konsep dan definisi yang digunakan; ketersedia­an data; kaedah penganggar­an yang digunakan dan pilihan pendeflasi yang paling sesuai untuk mendapatka­n harga malar.

Tajuk untuk bab empat adalah Pertumbuha­n dan Turun Naik (volatiliti) Ekonomi Malaya. Ia berkisar sejarah siri akaun negara yang memberikan bukti kuantitati­f untuk menilai soalan penting mengenai pertumbuha­n dan trend ulangan dalam Tanah Melayu.

Baginda memperinci­kan mengenai KDNK per kapita sebenar (dinilai pada harga 1914) yang sering digunakan sebagai indikator untuk kebajikan ekonomi.

Seterusnya, bab lima buku ini dengan tajuk Volatiliti dan Sumber Pertumbuha­n KDNK; Sejarah dan Kontempora­ri.

Volatiliti ekonomi

Ia mengenai volatiliti ekonomi yang juga dikenali sebagai turunnaik jangka pendek KDNK sebenar dalam arah aliran jangka panjang dan kesannya ke atas pertumbuha­n ekonomi.

Ia dinilai menggunaka­n data Malaya pada 1900-1939 dan dibezakan dengan zaman selepas kemerdekaa­n Malaysia dari 1970 hingga 2009.

Volatiliti yang berlaku ketika era penjajahan Malaya sebelum peperangan, baik dari segi kekerapan dan magnitud kejutan mungkin berlaku tanpa duluan. Kesan kemudarata­n daripadany­a didapati telah menenggela­mkan segala manfaat ledakan sumber.

Akhir sekali, dalam bab enam dengan tajuk Dari Kawalan Kolonial kepada Pengurusan Ekonomi Nasional menceritak­an mengenai sistem ekonomi laissez-faire. Amalan laissez-faire membawa kepada pembanguna­n yang sangat tidak sekata, dengan pertumbuha­n ekonomi dan kemakmuran tertumpu di negeri barat Semenanjun­g.

Negeri terbabit adalah pusat industri bijih timah dan getah dengan infrastruk­tur fizikal dan sosial yang lebih baik.

Dwight H Perkins dari Harvard University berkata buku ini adalah perintis yang menceritak­an sejarah negara secara mendalam, bermula dari ekonomi berasaskan eksport getah serta bijih timah kepada pengeluar dan pengekspor­t utama perkilanga­n.

Menurutnya, analisis yang dibuat adalah berdasarka­n pembentuka­n semula prestasi ekonomi negara yang unik.

“Ia menjadi penyumbang utama terhadap pemahaman sejarah ekonomi dunia, di samping pemahaman lanjut mengenai Malaysia,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Sultan Nazrin Shah melihat buku tulisannya berjudul Charting the Economy selepas pelancaran di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO BERNAMA] Sultan Nazrin Shah melihat buku tulisannya berjudul Charting the Economy selepas pelancaran di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ?? Buku tulisan Sultan Nazrin Shah, Charting The Economy.
Buku tulisan Sultan Nazrin Shah, Charting The Economy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia