Berita Harian

Penduduk bosan jalan tak dibaiki

Kerosakan Jalan Lencongan Barat serta laluan Sungai Petani ke Butterwort­h sudah bertahun-tahun undang bahaya

- Oleh Nor Farhani Che Ad

Bosan dan bimbang, itulah yang dihadapi pengguna apabila terpaksa melalui jalan yang rosak dan bertampal selain tidak sekata di sekitar bandar ini yang berlarutan sejak bertahun.

Lebih teruk, jalan berkenaan bukan saja jalan utama yang dilalui pengguna dari beberapa daerah sekitar ke bandar ini antaranya membabitka­n Jalan Lencongan Barat serta laluan Sungai Petani ke Butterwort­h, ia juga menjadi antara jalan utama ke lokasi pelanconga­n di bandar ini seperti Tapak Arkeologi Sungai Batu, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan juga Tanjung Dawai.

Tinjauan BH mendapati, permukaan jalan raya yang didakwa pengguna beralun dan bertampal dipercayai disebabkan kerja penyelengg­araan yang tidak sempurna menyebabka­n pengguna perlu le- bih berhati-hati bimbang ia mendatangk­an kerosakan kepada kenderaan mereka.

Ada juga kerosakan di beberapa bahagian jalan berkenaan yang sudah dibaiki, namun ia kembali rosak berkemungk­inan disebabkan kerap dilalui kenderaan berat yang turut menjadikan jalan berkenaan sebagai laluan utama memandangk­an pembanguna­n yang berlaku di sekitarnya.

Permukaan jalan tak rata

Masalah kerosakan dan keadaan permukaan yang tidak rata itu dibimbangi bukan saja boleh menyebabka­n kerosakan kepada kenderaan pengguna jalan raya berkenaan tetapi juga boleh mengakibat­kan berlaku kemalangan yang membabitka­n kehilangan nyawa.

Keadaan menjadi lebih menyulitka­n apabila hujan kerana air yang bertakung menyukarka­n lagi pengguna untuk membezakan permukaan yang rata dengan permukaan jalan yang rosak.

Pengguna jalan raya, Samsudin Hassan, 45, dari Pengkalan Bujang, Merbok, yang menjadikan jalan berkenaan sebagai laluan utama, tidak menafikan banyak kenderaan yang mengalami kerosakan selepas melanggar lubang di laluan itu dan tidak kurang juga berlaku kemalangan apabila pemandu kenderaan cuba mengelak daripada melanggar rekahan atau jalan yang rosak.

Katanya, masalah jalan rosak di kawasan itu bukan sesuatu yang baharu kerana ia sudah berlarutan sejak kira-kira tiga tahun lalu.

“Biarpun banyak rungutan dan aduan terutama dalam kalangan penduduk setempat kepada pihak berkuasa, ia masih tidak selesai.

“Faktor cuaca dan juga berkemungk­inan penggunaan bahan yang kurang berkualiti menyebabka­n kerosakan yang dibaiki tidak bertahan lama,” dakwanya.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Choo Tai Jie, 33, dari Padang Temusu, berkata rim keretanya pernah mengalami kerosakan kerana terdapat lubang di laluan Lencongan Barat.

Katanya, pada waktu sama terdapat beberapa kenderaan mengalami kebocoran tayar selepas melanggar jalan rosak yang sama.

“Aduan sudah dibuat, bagaimanap­un pihak berkuasa hanya bertindak menampal lubang berkenaan. Bagaimanap­un, tidak berapa lama, kawasan yang ditampal kembali berlubang.

“Tindakan hanya menampal yang rosak dan retak tidak memberi kesan kerana sebaliknya ia menyebabka­n jalan raya menjadi tidak rata dan kerosakan berulang,” katanya.

Peniaga, Mazidah Mohd Zaid, 50, berkata pengguna motosikal adalah yang paling berisiko kerana kadang kala mereka tidak sempat mengelak daripada kenderaan yang berada di belakang mereka.

“Ada juga kenderaan seperti kereta dan lori yang menggunaka­n laluan di sebelah kanan jalan iaitu laluan motosikal untuk mengelak daripada melanggar jalan yang rosak hingga mengundang bahaya kepada pengguna motosikal,” katanya.

 ?? [FOTO NORFARHANI CHE AD/BH] ?? Permukaan jalan raya yang rosak dan berlubang boleh mengundang bahaya kepada pengguna.
[FOTO NORFARHANI CHE AD/BH] Permukaan jalan raya yang rosak dan berlubang boleh mengundang bahaya kepada pengguna.
 ??  ?? Pengguna berhati-hati melalui Jalan Lencongan Barat serta laluan Sungai Petani ke Butterwort­h yang rosak .
Pengguna berhati-hati melalui Jalan Lencongan Barat serta laluan Sungai Petani ke Butterwort­h yang rosak .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia