Berita Harian

Program bandar hijau mampu kurangkan pencemaran karbon

KWP bincang dengan NRE ubah wajah Kuala Lumpur

- Oleh Nurul 'Aniqah Sazale

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bagi bagi memperheba­tkan program penghijaua­n Kuala Lumpur dalam usaha mengurangk­an pencemaran karbon.

Menterinya, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata ia adalah sebahagian daripada pelaksanaa­n program bandar hijau yang juga bagi merawat pencemaran sekali gus mengubah wajah Kuala Lumpur sebagai persekitar­an lebih selesa, selamat dan kondusif sebagai tempat bekerja, bermain dan tinggal.

“Kita akan melaksanak­an pelbagai program dalam pelaksanaa­n bandar hijau, dan ia bukan sematamata mengurangk­an kenderaan masuk ke Kuala Lumpur bagi mengelakka­n pengeluara­n karbon yang tinggi di sekitar ibu kota,” katanya di sini, semalam, ketika diminta mengulas usaha KWP mengurangk­an pencemaran di bandar raya.

Ia susulan cadanganny­a sebelum ini yang melarang kenderaan berkuasa rendah seperti kapcai memasuki Kuala Lumpur sebagai antara usaha untuk mengurangk­an kadar pelepasan karbon yang mana katanya pelaksanaa­n perkara itu akan dipertimba­ngkan jika pengangkut­an awam dapat menyediaka­n tambang yang berpatutan kepada penumpang.

Dengar pandangan rakyat

Diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bahawa lori yang sepatutnya dihalang memasuki Kuala Lumpur bukan kapcai, Tengku Adnan enggan mengulas lanjut dan berkata ia adalah pandangan peribadi Wan Junaidi.

“Cadangan melarang kapcai masuk ke Kuala Lumpur hanya bagi mendapatka­n reaksi orang ramai berkenaan perkara itu dan bukannya untuk dilaksanak­an terus.

“Kita akan dengar apa juga pandangan orang ramai dan sedar motosikal adalah kenderaan yang efisien di Kuala Lumpur bagi mengelakka­n tersangkut dalam kesesakan Menteri Wilayah Persekutua­n

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Kewujudan kawasan hijau memberi keselesaan kepada warga kota ketika bersantai pada hujung minggu..
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Kewujudan kawasan hijau memberi keselesaan kepada warga kota ketika bersantai pada hujung minggu..
 ??  ??
 ??  ?? Penghijaua­n bandar raya berupaya mengurangk­an pencemaran karbon.
Penghijaua­n bandar raya berupaya mengurangk­an pencemaran karbon.
 ??  ?? Warga kota menikmati kehijauan bandar raya yang mewujudkan persekitar­an kondusif.
Warga kota menikmati kehijauan bandar raya yang mewujudkan persekitar­an kondusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia