Berita Harian

HSBM sambut ulang tahun ke-90

-

Butterwort­h: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersamasam­a lebih 800 alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (HSBM) menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun Ke90 sekolah itu di sini, barubaru ini.

Sambutan dimulakan dengan perhimpuna­n di sekolah pada sebelah pagi dan diikuti majlis perasmian, perlawanan bola sepak, ragbi, kriket dan makan tengah hari, sebelum diakhiri dengan majlis makan malam di sebuah hotel.

Abdullah berkata, alumni HSBM perlu saling bekerjasam­a untuk memastikan kebajikan ahli persatuan itu sentiasa terbela dan hubungan erat yang sedia terjalin mampu bertahan dalam jangka masa lama.

Hubungan kekal utuh

“Alumi HSBM banyak memberi sokongan dan bantuan kepada sekolah ini dalam pelbagai bentuk, dan usaha itu patut dicontohi oleh pelajar lain.

“Semoga warga HSBM akan terus cemerlang dan saya berharap sekolah ini akan terus melakar sejarah kegemilang­an,” katanya.

HSBM yang ditubuhkan 90 tahun lalu, mula menerima pelajar pada 18 Januari 1927. Secara tradisinya majlis sambutan ulang tahun akan diadakan berdekatan dengan tarikh sekolah ditubuhkan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Alumni HSBM, Datuk S Kulasegara­n, berkata pihaknya gembira kerana dapat menghimpun­kan bekas pelajar sekolah berkenaan termasuk mereka yang berada di luar negara.

“Untuk mengumpulk­an bekas alumni HSBM bukan tugas mudah, dan saya amat terharu dengan kesungguha­n semua pihak yang sanggup hadir bagi menjayakan majlis ini.

“Kenangan di sekolah pada masa lalu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi akan kekal utuh di dalam memori setiap pelajar hingga akhir hayat,” katanya.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD SUHAIB MOH SHAPIEE/BH ] ?? Abdullah (tengah) hadir pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-90 HSBM.
[ FOTO MUHAMMAD SUHAIB MOH SHAPIEE/BH ] Abdullah (tengah) hadir pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-90 HSBM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia