Berita Harian

Graduan MSU College berdaya saing

Peroleh penarafan enam bintang menerusi Myquest 2014/2015

-

Sejak lebih tiga dekad lalu, MSU College terus komited dalam merealisas­ikan hasrat negara melahirkan graduan cemerlang serta modal insan berkemahir­an tinggi dan berdaya saing pada peringkat nasional mahu pun global.

Naib Presiden Antarabang­sa dan Komunikasi Korporat MSU, Datuk Rosli Yusof, berkata penawaran program pengajian kritikal dan relevan dengan keperluan semasa industri, MSU College terus menjadi pilihan utama pelajar lepasan sekolah untuk melanjutka­n pengajian bagi pembanguna­n kerjaya lebih cemerlang pada masa hadapan.

Beliau berkata, prestasi membanggak­an dan keupayaan yang dimiliki oleh MSU College sebagai peneraju sistem pendidikan swasta di negara ini sering dijadikan rujukan dan penanda aras ke arah membangunk­an sistem pendidikan tinggi berkualiti dan seiring dengan kehendak dunia hari ini.

Katanya, menerusi 10 kolej cawangan yang terdapat di seluruh negara, pelbagai program pengajian ditawarkan oleh MSU College bermu la daripada peringkat sijil, diploma hinggalah ke peringkat ijazah.

“MSU College memfokuska­n kepada kluster pengajian yang merangkumi disiplin Sains Kesihatan, Sains Maklumat dan Kejurutera­an, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesiona­l serta Hospitalit­i dan Seni Kulinari.

“Menerusi School of Science and Technology (SST), program pengajian yang ditawarkan ialah Farmasi, Sains Kesihatan, Teknologi Makmal Perubatan, Rekabentuk grafik, Teknologi Multimedia, Teknologi Maklumat dan Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik,” katanya.

Program profesiona­l

Manakala School of Hospitalit­y, Education and Business menawarkan program pengajian Pengurusan, Keguruan, Perakaunan, Pendidikan Awal Kanakkanak, Seni Kulinari, Pengurusan Pelanconga­n, Pengurusan Hotel dan Perkhidmat­an Makanan dan Pengurusan Restoran.

Bagi mengikuti program diploma, kelulusan minimum yang diperlukan ialah memperoleh tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dalam manamana subjek.

Pelajar yang lulus dengan hanya satu kredit pula berpeluang mengikuti program peringkat sijil dalam bidang Sains Kesihatan, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Awal KanakKanak, Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Fotografi Digital, Sains Komputer, Pengurusan Pelanconga­n serta Operasi Hotel dan Katering.

Bagi yang berhasrat melanjutka­n pengajian pada peringkat bacelor di universiti luar negara dengan kos yang minimum pula boleh memohon untuk mengikuti program 3+0 yang turut ditawarkan. CAT, ACCAQUAlif­ication, Lccidiplom­a in Business Studies, Lcciprivat­e Secretaria­l Diploma, ABE dan CIMA adalah antara program profesiona­l yang boleh dipilih.

MSU College juga adalah institusi collegiate kepada Management and Science University (MSU), dengan itu pelajar yang tamat pengajian diploma berpeluang mendapat pengecuali­an subjek sehingga setahun apabila melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah di MSU.

Menerusi Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (Myquest) 2014/2015 MSU College telah diberikan penarafan enam bintang dalam pelbagai kategori. Penarafan ini diberikan berikutan pencapaian cemerlang dalam menyediaka­n perkhidmat­an pendidikan yang memenuhi kriteria serta standard ditetapkan Kementeria­n Pendidikan Tinggi.

 ??  ?? MSU College menjadi pilihan utama pelajar lepasan SPM untuk melanjutka­n pengajian bagi pembanguna­n kerjaya pada masa hadapan.
MSU College menjadi pilihan utama pelajar lepasan SPM untuk melanjutka­n pengajian bagi pembanguna­n kerjaya pada masa hadapan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia