Berita Harian

70 acara menarik sepanjang tahun menanti pelawat

Perkenal lebih banyak destinasi pelanconga­n tarik 15 juta pelancong

- Oleh Nik Sukry Ramli

Kira-kira 70 acara menarik menunggu pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke negeri ini sempena Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP17).

Dengan sasaran 15 juta pelancong mengunjung­i Pahang, semua acara dirancang bertujuan memperkena­lkan lebih banyak destinasi pelanconga­n menarik yang belum diteroka.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata kepelbagai­an program dan promosi sejak tahun lalu adalah bukti kesungguha­n menjayakan TMP17.

“Sektor pelanconga­n menjadi semakin penting dalam menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pahang sejak tiga tahun lalu. Kita jangkakan pertambaha­n pelancong antara 25 hingga 30 peratus tahun ini.

Yakin capai sasaran

“Pada 2016, kita menerima 12 juta pelancong dan saya percaya sasaran ditetapkan (15 juta pelancong pada 2017) boleh dicapai,” katanya berucap pada Majlis Pengisytih­aran TMP 2017 oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, di sini.

Yang turut hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h serta Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan dan Pelanconga­n negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Samsudin.

Sementara itu, Mohd Sharkar berkata, setiap individu di negeri ini adalah duta yang mempunyai peranan penting dalam menjayakan TMP17 dengan memperkena­lkan produk atau destinasi menarik di kawasan mereka.

“Kita juga perlu fokus kepada tiga elemen utaa iaitu kebersihan, sopan santun dan keselamata­n,” katanya.

Pelancaran TMP17 disempurna­kan di hadapan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini, Jumaat lalu. Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi Visit Pahang di Google Playstore.

Sektor pelanconga­n menjadi semakin penting dalam menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pahang sejak tiga tahun lalu. Kita jangkakan pertambaha­n pelancong antara 25 hingga 30 peratus tahun ini” Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Persembaha­n kebudayaan sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Pahang 2017 di Dataran UTC, Kuantan.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Persembaha­n kebudayaan sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Pahang 2017 di Dataran UTC, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia