Berita Harian

Tetak,bakar 3 sekeluarga

Lelaki tak siuman serang mangsa sedang tonton televisyen

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Seorang lelaki tidak siuman bukan sahaja menetak tiga sekeluarga sehingga cedera parah, malah bertindak membakar kediaman mangsa sehingga ketigatiga­nya rentung dalam kejadian di Kampung Temu, berdekatan Palma Indah, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3 petang itu, lelaki terbabit masuk menerusi pintu depan dengan membawa parang, lalu menetak mangsa pertama, Mohd Joe Abdullah, 23, sebelum menyerang sepasang suami isteri, Mohd Daud, 64 dan Noraini Abdullah, 62.

Bakar kusyen

Sejurus menyerang ketiga-tiga mangsa terbabit, suspek membakar kusyen di ruang tamu sehingga api merebak, sekali gus meranapkan kediaman yang turut didiami tujuh ahli keluarga lain.

Saksi kejadian, Abdul Rahman Abdullah, 17, berkata abang iparnya, Mohd Joe, diserang kerana berada di ruang tamu ketika menonton televisyen.

“Abang ipar tidak mampu berbuat apa-apa kerana orang gila itu meluru masuk ke rumah dan menetaknya. Saya sempat lari ke luar. Ayah yang ketika itu berada dalam rumah cedera kerana mempertaha­nkan kami sekeluarga.

Sempat larikan diri

“Saya dan ahli keluarga lain sempat melarikan diri, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu takut kerana parang berada dalam tangan lelaki tidak siuman itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dalam kejadian berkenaan, ayah Abdul Rahman, Hassan Abdullah, 36, cedera di beberapa bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Abdul Rahman berkata, selepas melihat kediaman keluargany­a hangus, suspek secara bersahaja berjalan menuju ke jalan utama dan masuk ke hutan berdekatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Farhan Sufyan Borhan, berkata seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikejarkan ke kawasan kejadian.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran rumah mangsa di Taman Palma Indah, Jalan Matang, Kuching, semalam. Gambar kanan, anggota bomba dan penyelamat menenangka­n ahli keluarga mangsa.
[FOTO IHSAN BOMBA] Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran rumah mangsa di Taman Palma Indah, Jalan Matang, Kuching, semalam. Gambar kanan, anggota bomba dan penyelamat menenangka­n ahli keluarga mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia