Berita Harian

Lelaki Teragung ungguli AJL31

Lagu dipersemba­h Dayang Nurfaizah bawa pulang trofi, wang tunai RM50,000

- Oleh Zaidi Mohamad

Lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasha dan Iman Imran dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-31 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Lagu yang dipersemba­hkan oleh Dayang Nurfaizah itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop.

Dayang turut diumumkan sebagai pemenang Kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000. Ia kemenangan ketiga berturut-turut penyanyi itu dalam kategori berkenaan.

AJL31 yang dipancarka­n secara langsung di TV3 juga menyaksika­n lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai yang didendangk­an Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif yang dinyanyika­n kumpulan Projector Band.

Kategori Persembaha­n Terbaik dimenangi kumpulan Khalifah yang mendendang­kan lagu Hang Pi Mana. Kemenangan itu membolehka­n kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Semua kategori diadili oleh juri profesiona­l, selain Persembaha­n Terbaik yang dibuka kepada undian peminat secara atas talian menerusi laman sesawang www.anugerahju­aralagu.com.

Empat hos kendali AJL31

Dikendalik­an empat hos iaitu Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM), acara kemuncak berkenaan turut menampilka­n Ameng Spring, Ella dan Man Bai sebagai artis undangan.

AJL31 terbitan TV3 yang juga boleh ditonton melalui portal Tonton, laman rasmi www.anugerahju­aralagu.com dan diikuti melalui radio Hot FM.

Ia juga ditayangka­n serentak di pawagam GSC Dataran Pahlawan, Melaka, dengan menampilka­n beberapa artis terkenal seperti Redza Rosli, Zamarul Hisham, Ruhainies, Mimi Lana, Puteri Aishah, Dazrin Kamarudin, Mustaqim Bahadon, Idris Khan, Raja Afiq, Kamal Sumbu, Abam Bocey, Amir dan Syai Seekers serta kumpulan Forteen.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Dayang Nurfaizah bersama pencipta Lagu Lelaki Teragung, Natasha (dua dari kiri) dan penulis lirik, Iman Imran (dua dari kanan) yang berjaya memenangi AJL31 di PWTC, Kuala Lumpur.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Dayang Nurfaizah bersama pencipta Lagu Lelaki Teragung, Natasha (dua dari kiri) dan penulis lirik, Iman Imran (dua dari kanan) yang berjaya memenangi AJL31 di PWTC, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia