Berita Harian

Dr Vida, David Arumugam duta kempen Dairy Champ

Promosi dua produk utama tepati cita rasa pengguna setia

- Oleh Nur Fatin Mohd Satar

Jenama produk tenusu terkenal, Dairy Champ memilih dua selebriti ternama bagi mempromosi kempen ‘Dairy Champ, Mesti-lah’.

Pelantikan penyanyi terkenal, Datuk David Arumugam dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hamiza Othman atau Datuk Seri Vida itu bagi mempromosi dua produk utama Dairy Champ, iaitu Dairy Champ Tarik Lebih Buih Krimer Manis dan Dairy Champ Krimerseja­t.

Kempen di bawah segmen susu pekat dan susu isian sejat itu memaparkan visual menarik, diinspiras­ikan daripada dua selebriti berkenaan yang mempunyai imej dan gaya tersendiri.

Tepati penampilan

Timbalan Presiden Pemasaran dan Pembanguna­n Perniagaan Etika Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan, berkata pemilihan dua selebriti itu sebagai duta adalah kerana imej mereka yang unik, bertepatan dengan imej Dairy Champ.

“Dairy Champ Tarik Lebih Buih Krimer Manis menjanjika­n kopi dan teh tarik berbuih pekat, menepati penampilan David yang terkenal dengan rambut afronya, mempunyai prinsip teguh dan berjaya merentasi aliran muzik punkrock dengan lantunan vokal memukau,” katanya.

Katanya, gaya rambut kerinting penyanyi itu melambangk­an ciri utama krimer manis, pastinya menjanjika­n limpahan buih yang gempar dan pekat, manakala Dairy Champ Krimer Sejat mengambil inspirasi daripada penampilan Vida yang sentiasa girang.

Pelengkap sajian

“Beliau gemar memakai koleksi mahkota serta pakaian warna merah jambu. Krimer Sejat dengan tekstur yang halus, malah pelengkap kepada sajian seperti ais kacang dan penambah cita rasa hidangan manisan, dilihat bertepatan dengan penampilan beliau,” katanya.

Beliau berkata, Vida mencipta fenomena tersendiri menerusi perniagaan berasaskan kecantikan dengan penampilan dan keyakinan tingginya yang menarik perhatian ramai, sama seperti produk Dairy Champ yang ada keunikan dan kelazatan tersendiri.

“Pemilihan dua ikon itu mencermink­an prestasi dan keutuhan jenama Dairy Champ yang sudah 20 tahun bertapak di negara ini. Kempen produk ini diperluask­an, merangkumi aktiviti penjenamaa­n in-store, papan iklan, iklan bercetak, digital, televisyen dan lainlain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia