Berita Harian

Gintell tawar pakej istimewa empat kerusi urut

-

Cheras: Sempena Tahun Baharu Cina, syarikat produk urutan kesihatan Gintell menawarkan diskaun dengan pakej istimewa untuk empat jenis kerusi urut keluaran syarikat itu.

Antara produk yang ditawarkan De’ Wise Care, De'wise Wisdomatic, De’vas HD dan De’ Vano S Funtastic Sofa yang sudah berada di pasaran tempatan ketika ini.

Pengurus Pengiklana­n dan Promosi Gintell, Aly Wong, berkata tawaran terhad itu hanya diberikan sehingga 11 Februari depan.

Tawar pakej menarik

“Pelbagai pakej ditawarkan pada harga menarik, termasuk sehingga RM5,000 untuk kerusi De’wise Wisdowmati­c.

“Kami juga memberi peluang dan ganjaran kepada orang ramai dengan menawarkan diskaun sehingga RM10,988 atau RM305.22 sebulan, termasuk pelbagai hadiah lain bagi kerusi urut De' Wise Care dan De'vano S Funtastic Sofa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ramah Mesra Gintell di Sunway Velocity Mall, di sini. Yang turut hadir selebriti terkenal yang juga duta syarikat itu, Amber Chia.

Utamakan kesihatan

Wang berkata, pakej kombo kerusi urutan De’vas dan mesin senaman Gintell i-so Curve pula hanya RM7,988 atau RM221 sebulan.

Menurut Wong, pihaknya berharapor­angramaime­ngambilkes­empatan itu untuk membantu mengutamak­an kesihatan.

Katanya, sempena menyambut Tahun Ayam, Gintell percaya ‘Kesejahter­aan Hidup, Kesihatan Badan] sebagai matlamat memberikan kehidupan yang sejahtera kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 1800 88 6332 atau layari laman web rasmi www.gintell.com.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Amber (empat dari kiri) bersama pemenang pada program Ramah Mesra Gintell di Sunway Velocity Mall, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Amber (empat dari kiri) bersama pemenang pada program Ramah Mesra Gintell di Sunway Velocity Mall, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia