Berita Harian

KWAP tinjau beli pusat beli-belah

Pengurus dana pencen cadang tingkat pelaburan dalam pasaran hartanah tempatan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) atau KWAP bercadang meningkatk­an pelaburann­ya dalam pasaran hartanah tempatan dengan meninjau untuk membeli hartanah berkaitan peruncitan seperti pusat beli belah tahun ini. Malah, pengurus dana pencen itu juga bercadang untuk membangunk­an tanah miliknya yang terletak di kawasan utama Segitiga Emas KL.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad (gambar), berkata setakat ini KWAP sudah memiliki dua bangunan pejabat dan dua bidang tanah yang terletak di kawasan utama.

Beliau berkata, selepas memiliki dua bangunan pejabat, KWAP kini meninjau untuk melabur melangkaui segmen bangunan pejabat dengan berminat untuk membeli pusat beli belah yang sudah mempunyai penyewa utama.

“Kami melihat terdapat peluang yang besar untuk melabur dalam hartanah di pasaran tempatan.

“Kami juga bercadang untuk membangunk­an projek hartanah dan mempelbaga­ikan hartanah yang kami miliki,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, minggu lalu. →

Mengulas lanjut mengenai rancangan membangunk­an projek hartanah, Wan Kamaruzama­n berkata, pengurus dana persaraan kedua terbesar di Malaysia itu bercadang untuk membangunk­an apartmen dengan anggaran kos pembanguna­n kasar (GDV) berjumlah antara RM400 juta hingga RM600 juta.

Beliau berkata, KWAP sudah melantik perunding untuk mengkaji mengenai permintaan di kawasan hartanah yang akan dibangunka­n itu bagi membolehka­nnya membuat perancanga­n mengenai harga dan masa yang sesuai untuk melancarka­n projek hartanah berkenaan.

KWAP juga, katanya, akan bekerjasam­a dengan pemaju hartanah tempatan untuk membangunk­an projek hartanah itu.

Pilih Jerman, Perancis

Mengenai pelaburan hartanah di luar negara, Wan Kamaruzama­n berkata, KWAP sentiasa terbuka kepada peluang pelaburan hartanah di luar negara.

Beliau berkata, selepas pasaran United Kingdom dan Australia, pihaknya akan meninjau peluang pelaburan dalam pasaran hartanah di Jerman dan Perancis tahun ini.

Beliau berkata, pada Mac dan April tahun ini, pihaknya akan pergi ke negara berkenaan untuk meninjau hartanah yang sesuai untuk dibelinya.

“Kami memilih Jerman dan Perancis kerana ia adalah pasaran yang matang dan mempunyai sistem perundanga­n yang mantap yang mana memudahkan urusan jual beli hartanah,” katanya.

Wan Kamaruzama­n berkata, selain bangunan pejabat yang sudah mempunyai penyewa utama, KWAP berminat untuk membeli hartanah berkaitan logistik dan peruncitan di luar negara yang dilihat mampu memberikan pulangan yang kukuh.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Menara Integra adalah hartanah pertama yang dibeli KWAP di Malaysia.
[ FOTO HIASAN ] Menara Integra adalah hartanah pertama yang dibeli KWAP di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia