Berita Harian

SEDANIA ASSALAM

Tawar perkhidmat­an As-sidq

- Oleh Ahmad Fiesal Othman

Sedania Assalam Capital Sdn Bhd, anak syarikat Sedania Corp memeterai perjanjian dengan Zikay Factoring Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Zikay untuk Sedania Assalam menyediaka­n perkhidmat­an As-sidq, platform teknologi kewangan (fintech) berlandask­an konsep kewangan Islam dan patuh syariah kepada Zikay Factoring.

Perjanjian itu mengukuhka­n penggunaan As-sidq untuk turut meliputi pembiayaan perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Penanda aras baharu

Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Assalam Capital, Ahmad Fehmi Mohammad, berkata perjanjian itu adalah penanda aras baru buat penggunaan AsSidq yang sebelumnya tertumpu kepada pembiayaan peribadi melalui institusi kewangan utama.

Katanya, sejak dilancarka­n pada 2012, platform As-sidq yang kini diguna-pakai di 20 insitusi kewangan di Malaysia telah memproses lebih 300,000 transaksi kewangan dengan nilai melebihi RM25 bilion.

Beliau berkata, meskipun sektor kewangan berdepan dengan pelbagai kekangan pada tahun sebelumnya, Sedania Assalam masih mampu mencapai sasaran dengan merekodkan keuntungan berjumlah RM1.5 juta dan mengunjurk­an peningkata­n keuntungan kepada RM3 juta pada tahun ini dengan meluaskan perkhidmat­an untuk turut meliputi segmen pembiayaan kad kredit, perumahan dan gadai janji.

Tambah baik teknologi

“Kerjasama ini adalah antara usaha berterusan syarikat dalam penambahba­ikan teknologi, mengekalka­n kedudukann­ya sebagai penyedia teknologi kewangan Islam utama negara dan memperluas­kan pasaran perkhidmat­an ke peringkat serantau dalam tempoh dua hingga tiga tahun mendatang,” katanya pada majlis memeterai perjanjian perkongsia­n, baru-baru ini.

Majlis itu disaksikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor; Pengarah Urusan Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim dan dokumen perjanjian telah dimeterai oleh Ahmad Fehmi mewakili Sedania Assalam, manakala Zikay Factoring diwakili oleh Pengerusin­ya, Abdul Rani Lebai Jaafar.

 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri Ahmad Fehmi, Azrin, Mohd Khay, dan Abdul Rani pada majlis memeterai perjanjian perkongsia­n antara Sedania Assalam Capital Sdn Bhd dan Zikay Factoring Sdn Bhd baru-baru ini.
Dari kiri Ahmad Fehmi, Azrin, Mohd Khay, dan Abdul Rani pada majlis memeterai perjanjian perkongsia­n antara Sedania Assalam Capital Sdn Bhd dan Zikay Factoring Sdn Bhd baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia