Berita Harian

TN50 mampu buka lebih banyak pasaran baharu

-

Transforma­si Nasional 2050 (TN50) berupaya menyedia dan melengkapk­an struktur ekonomi negara selepas Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapa­tan tinggi pada 2020, menurut Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dzulkifli Mahmud, berkata agenda Malaysia selepas mencapai matlamat Wawasan 2020 juga mampu membuka lebih banyak lagi pasaran baharu bagi usahawan tempatan.

“Bagaimanap­un, golongan usahawan terutamany­a usahawan muda perlu mengasah bakat mereka dan tampil lebih kreatif supaya mereka dapat bersaing secara sihat.

“Ini yang kerajaan mahukan daripada usahawan muda agar kita tidak ketinggala­n dan ini dapat dilakukan melalui TN50,” katanya kepada BERNAMA.

TN50, yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas Wawasan 2020.

Infrastruk­tur kondusif

Pada pelancaran TN50 barubaru ini, Najib berkata, ekonomi digital berupaya meningkatk­an ekonomi Malaysia kepada AS$2 trilion (RM8.89 trilion) dalam masa lapan tahun akan datang berbanding US$1.3 trilion (RM5.78 trilion) ketika ini, dan sektor digital dipelopori oleh golongan muda.

Dzulkifli berkata, Malaysia harus mempunyai infrastruk­tur yang kondusif dalam melengkapk­an golongan muda ke arah ekonomi digital.

Katanya kerajaan telah mengambil inisiatif termasuk melantik Pengerusi Kumpulan Alibaba, Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia.

Alibaba adalah satu platform e-dagang yang ditubuhkan pada 1999, mempunyai lebih 46,000 pekerja dengan perolehan tahunan sebanyak RM60 bilion dan nilai aset kira-kira RM226 bilion.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata TN50 boleh direalisas­ikan dengan Malaysia perlu mengkaji semula sistem pendidikan dan dipacu industri dan permintaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia