Berita Harian

Pengeluara­n buah tandan segar mampu naik 30 peratus

-

Peningkata­n potensi pendapatan PT Eagle High Plantation­s (EHP) dan pengambila­lihan FELDA itu boleh menjadi pemangkin untuk membuka harga saham syarikat Indonesia, kata PT RHB Securities Indonesia.

Dalam laporan penyelidik­an bertajuk ‘Terbang seperti Helang’, RHB Securities berkata syarikat dengan profil tanaman yang baik dijangka menjadi pemacu utama kepada pertumbuha­n pengeluara­n minyak berskala besar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Paras harga minyak sawit mentah semasa membolehka­n EHP mencatat perolehan positif pada suku keempat 2016.

“Pengeluara­n buah tandan segar (FFB) EHP sejak dua tahun lalu berada di bawah jangkaan, selepas hasil FFB lebih rendah dari paras normal.

“Punca utama adalah kekurangan taburan hujan berpanjang­an di ladang berkenaan pada separuh kedua 2014 dan 2015,” katanya.

Peningkata­n dalam pengeluara­n

RHB Securities berkata, pihak pengurusan menyatakan bahawa pengeluara­n FFB bagi tahun kewangan 2017 dijangka meningkat sebanyak 30 peratus tahun ke tahun disebabkan beberapa faktor.

Peningkata­n dalam pengeluara­n mampu meningkatk­an perolehan pada masa depan, katanya.

Pada nilai perniagaan semasa sehektar adalah AS$10,069 (RM45,221.54), EHP didagangka­n pada paras terendah dari aspek perladanga­n RHB Securities.

RHB Securities berkata pemangkin positif termasuk termasuk penyelesai­an pengambila­lihan FELDA dan pemulihan pendapatan daripada pemulihan dalam pengeluara­n FFB.

Pemangkin negatif pula termasuk pengambila­lihan FELDA tidak dapat diteruskan dan kekurangan pemulihan dalam pendapatan­nya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia