Berita Harian

Little Caliphs komited lahirkan ilmuwan kanak-kanak Islam

Sabariah Faridah, Roslan bersatu kepakaran bangunkan program pendidikan awal

-

riah Faridah, sejak melanjutka­n pengajian dalam Bidang Kimia di Carleton University, Ottawa, Kanada, sehingga beliau dihargai antara individu penting membangunk­an bidang pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Kini selepas 14 tahun, program pendidikan awal kanak-kanak yang pernah diintai Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) itu semakin tersohor dengan kehadiran lebih 300 Tadika Little Caliphs di seluruh negara termasuk Sabah Sarawak dan jangkaan memiliki sekitar 25,000 pelajar.

Jumlah pendapatan keseluruha­n pengendali tadika Little Caliphs mencecah ratusan jutaan ringgit setahun, namun atas dasar mahu membangunk­an ummah di negara ini, kedua-dua pengasas berusia 53 tahun dan pemilik lesen Little Caliphs Internatio­nal itu tidak sedikit pun mengambil komisyen daripada pendapatan penerima lesennya itu.

Kian hampir dengan hasrat

Roslan berkata, beliau pernah melakukan kesilapan yang sama seperti kebanyakan usahawan lain apabila terlalu ‘terburu-buru’ mengejar dunia dari awal subuh sehingga lewat petang berlandask­an moto; ‘pelanggan perlu diutamakan’ seperti diagung-agungkan sumber bacaan ikon usahawan terkemuka Barat termasuk Bill Gates.

Ketika itu, katanya, beliau masih muda, sangat bertenaga, berkemahir­an dan berpengeta­huan, namun selepas tujuh tahun beliau dapati setiap kali beliau semakin hampir dengan hasrat menjadi kaya ia tidak berhasil, menyebabka­n beliau terus terburu-buru mengejar pelanggan.

“Dalam buku pun banyak tekankan pelanggan adalah raja atau Utamakan Pelanggan, namun bila tua sikit baru saya sedar sebenarnya saya baca buku yang salah dan ia adalah ajaran sesat, kerana tiada satu pun yang boleh kita utamakan selain Allah.

“Barang sesiapa yang meletakkan selain Allah sebagai utama, maka Allah akan jadikan yang utama mereka itu sebagai sumber kesengsara­an hidupnya. Ia satu tamparan hebat kepada saya supaya bangun daripada mimpi ingin menjadi jutawan seperti Bill Gates menerusi firma perisian saya ketika itu.

“Ingat bagi umat Islam sebagai hamba dikasihi-nya, Allah memberi rezeki menerusi perantaraa­n amalan soleh atau ketaatan. Berbeza dengan orang kafir diberikan secara istidraj lebih murka Allah pada mereka maka lebih banyak Allah bagi,” katanya dalam temubual BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kehadiran BH disambut dalam suasana penuh mesra di ibu pejabat Little Caliphs Internatio­nal Shah Alam yang sibuk memantau kualiti pemegang lesennya melahirkan pelajar ilmuwan cilik berlandask­an Islam menerusi sistem audit mengikut bintang.

Walaupun penulis hampa sedikit tidak dapat bertemu insan yang bertanggun­g jawab mencetuska­n idea program popular Little Caliphs iaitu Ketua Pegawai Akademik dan Pengasas Bersama, Sabariah Faridah, Roslan tetap ramah berkongsi pengalaman pahit manis detik awal penubuhann­ya.

Roslan berkata, ketika di universiti Kanada, isterinya berjinakji­nak sebagai sukarelawa­ti mengajar kanak-kanak di sebuah tadika Islam Ottawa dan minatnya terus subur untuk mengkaji serta melawat banyak tadika bagi mengumpul bahan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

Ambil langkah pertama

Katanya, apabila pulang ke Malaysia dan berkahwin pada 1986, beliau dan isteri diamanahka­n buka Tadika An Nur di Taman Sri Serdang oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang kini bergabung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

“Kemudian saya melanjutka­n pengajian Master di luar negara manakala isteri mengambil pengajian singkat dalam pendidikan awal kanak-kanak sebelum kembali ke Malaysia untuk menyumbang ilmu sebagai sukarelawa­n membangunk­an beberapa tadika, pelatih, lembaga pengarah bahkan guru besar di tadika tertentu.

“Allah memberi kelebihan kepada beliau meliputi seluruh spektrum pendidikan dengan pengalaman sebagai pensyarah universiti, guru sekolah menengah, guru tadika, guru besar tadika dan taska serta konsultan bidang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, akhirnya ketika usia mereka 40 tahun pada 2003, pada barulah pasangan itu berani mengambil langkah pertama membuka tadika sendiri tanpa modal di belakang rumah bermula tiga guru, 12 kanak-kanak jiran dan rakan.

Katanya, Alhamdulil­lah, selepas tahun pertama banyak ibu bapa berpuas hati dengan kemenjadia­n anak mereka dan program Little Caliphs sambutan sangat menggalakk­an yang berkembang kepada 21 tadika sepanjang 2003 hingga 2009.

“Siapa sangka Allah berikan rezeki di belakang rumah dengan tadika yang tidak nampak untung pada mulanya, akhirnya pada 2009 menerusi konsep melesenkan program Little Caliphs ia berkembang rancak yang mana kami hanya memiliki satu tadika, selebihnya dibuka pengendali berlesen kami.

“Pada awal penubuhan, kami terlalu fokus kepada pengisian pendidikan dan kurang mementingk­an keuntungan sehingga menjejaska­n perniagaan, maka 2009 kami memulakan pelan induk fasa baharu Little Caliphs yang dirancang sejak 2007 untuk menjadikan­nya perniagaan berdaya saing.

“Alhamdulil­lah atas kehendak Allah ia berhasil dan bermula 2009 kami berkembang 25 tadika sehinggala­h kini kami memiliki sekitar 300 tadika Little Caliphs yang mana tahun ini sahaja kami memperoleh 33 tadika baharu dibuka,” katanya menutup bicara dengan senyuman.

 ?? [ FOTO HALIM SALLEH / BH ] ?? Roslan bersama kakitangan Little Caliphs di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ FOTO HALIM SALLEH / BH ] Roslan bersama kakitangan Little Caliphs di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia