Berita Harian

Relau minyak mentah dipasang di PIC

-

Bersepadu Pengerang (PIC) milik PETRONAS mencatatka­n pencapaian penting dengan kejayaan pemasangan relau minyak mentah yang menjadi komponen penting bagi penapisann­ya di Pengerang, Johor.

Dua struktur relau modular yang masing-masing seberat 1,000 tan adalah komponen paling kritikal dalam unit penyulinga­n minyak mentah dalam sebuah loji penapisan.

Naib Presiden Kanan PETRONAS dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Refinery & Petrochemi­cal Corporatio­n Sdn Bhd, Ir Dr Colin Wong Hee Huing, berkata komponen itu penting dalam menyediaka­n bahan mentah untuk unit proses yang lain.

Kemajuan memuaskan

Pencapaian ini bukan sahaja penting kepada pembanguna­n PIC, yang dijangka beroperasi pada suku pertama 2019. Malah, ia juga melambangk­an permulaan yang baik tahun 2017 dengan kemajuan projek yang memuaskan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarka­n di Johor Bahru, semalam.

Yang turut hadir pada majlis pemasangan relau itu Jumaat lalu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinopec Engineerin­g Incorporat­ion, Sun Lili; Presiden Pihak Berkuasa Pengerang, Bukhari Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Johor, Ibrahim Abdul Rahman.

Hee Huing berkata, relau minyak mentah yang dinamakan F-001 A dan F-001 B itu dibangunka­n di kemudahan Liantong di Ningbo, China yang masing-masing mempunyai kapasiti memproses sebanyak 150,000 tong minyak (bpd).

Beliau berkata, kedua-dua relau minyak mentah itu adalah yang terbesar di Malaysia.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dan berterusan memberikan sokongan kepada pembanguna­n PIC,” katanya.

Katanya, PIC dijangka mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 300,000 bpd apabila siap sepenuhnya kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia