Berita Harian

GAYA MASKULIN

Lelaki moden sedia berhabis duit untuk tampil dengan rambut mengikut trend terkini

-

Seiring revolusi fesyen, perapian diri tidak hanya tertumpu kepada si gadis, tetapi dalam perihal penggayaan lelaki juga tidak ketinggala­n.

Kedua-duanya begitu teliti terhadap gaya, penjagaan kecantikan dan sama terbuka untuk tampil menarik.

Rambut yang menjadi mahkota diri sentiasa didandan rapi, dipotong dan diberikan rawatan sewajarnya mengikut gaya terkini dan perkara itu menjadi keutamaan sama ada wanita mahupun lelaki.

Penjagaan rambut menjadi rutin membuatkan ramai sanggup berhabis duit untuk mendapatka­n rawatan terbaik di salun supaya terjaga rapi, menarik dan tampak bergaya.

Dengan adanya gaya rambut yang menarik, lelaki tampak kemas, maskulin dan meyakinkan, bahkan mencuri tumpuan di mana saja dan pada bila-bila masa.

Disebabkan itu, ramai lelaki rela berhabis duit untuk rawatan rambut, mendapatka­n potongan yang sesuai dengan personalit­i sekali gus sentiasa kelihatan kemas, stylo dan mengikuti trend terkini.

Tiru selebriti

Bagi kebanyakan lelaki, fesyen rambut mereka sering menyamai gaya legenda bola sepak seperti David Beckham, Cristiano Ronaldo,

Lionel Messi dan ramai barisan selebriti Barat.

Mereka digilai bukan saja kerana kepakaran bermain bola dan bakat semula jadi lakonan, tetapi tarikan personalit­i seperti dandanan rambut yang menjadi perhatian hingga ditiru kebanyakan lelaki.

Sebenarnya fesyen bagi rambut lelaki berkembang mengikut peredaran semasa. Sekitar tahun 80-an, fesyen rambut lelaki banyak dipengaruh­i trend muzik rock dan punk yang menjadi kegilaan pada era berkenaan.

Trend itu banyak ditiru remaja dan golongan muda berikutan imej itu tampak lebih maskulin dan menonjol dalam kelas mereka sendiri.

Pelbagai trend potongan

Antara potongan rambut klasik yang menjadi kegilaan dan sering digayakan kebanyakan lelaki adalah psyho, excetutive contour, the ted, crew with a part

dan scumbag boogie.

Itu sebahagian gaya yang menjadi signature atau revolusi potongan rambut dari zaman ke zaman dan trend itu sentiasa berubah meskipun kebanyakan lelaki berambut pendek dengan potongan kemas.

Ini dipersetuj­ui pemilik Prince Barbershop, Putera Mohd Fahidz Mohd

Fadzri, 33, berkata lelaki sekarang lebih cenderung beberapa gaya rambut seperti classic fade, high fade, low fade, taper fade,

mid fade dan scissor fade.

“Gaya rambut sebegini sesuai kepada kebanyakan lelaki dan tampak kemas, dengan kekerapan memotong rambut setiap dua minggu atau sebulan sekali.

“Ini adalah normal bagi lelaki meskipun rambut kita pendek dan tidak banyak mengubah gaya, tetapi sesekali dengan gaya potongan rambut baharu, orang sekeliling akan menyedarin­ya,” katanya kepada AURA, di kedai miliknya di Seksyen 7, Shah Alam.

Jadi ikutan

Putera Mohd Fahidz berkata, tahun ini gaya rambut yang dijangka paling banyak ikutan adalah pompadour dan fade, iaitu gaya rambut British yang menjadi ikutan seluruh dunia.

“Misalnya tukang gunting kita akan mencadangk­an jenis potongan rambut dan ini mengikut kepada kesesuaian bentuk wajah, personalit­i dan jenis rambut lelaki itu sendiri,” katanya.

Kedai gunting rambut yang berkonsepk­an latar warna hitam dan bertemakan hipster tampak berbeza daripada kedai gunting mamak yang kelihatan konvension­al, sekali gus memberikan pelanggan lebih keselesaan dan ruang dalaman premis selesa.

Bagi Putera Mohd

Fahidz, meskipun gaya rambut tidak sebanyak khusus untuk wanita, tetapi golongan lelaki tidak terkecuali memilih gaya yang sesuai dan kena dengan personalit­i diri.

“Misalnya gaya rambut Beckham iaitu potongan undercut antara gaya yang kerap dipilih pelanggan dan menjadi fenomena bagi kebanyakan lelaki muda.

“Menerusi gaya rambut ini seseorang boleh memilih pelbagai bentuk potongan dan mendapatka­n gaya mengikut kesesuaian bentuk muka dan ketebalan rambut,” katanya sambil memberitah­u gaya berkenaan sentiasa kekal lama dan sentiasa berulang-ulang.

Rawatan rambut

Dengan harga RM15 hingga RM20, lelaki boleh kerap mengubah potongan rambut supaya mereka tampak lebih bergaya, terurus dan memberikan penampilan menarik

Sempena pembukaan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia