Berita Harian

ORANG MUDA

Nurin Afiqah puas melakukan tiga keria dalam satu masa

-

Gadis zumba tidak penat lakukan tiga kerja

Mungkin sudah menjadi lumrah orang muda hari ini, dahagakan cabaran yang mampu menguji keupayaan diri. Kebiasaann­ya adalah dalam kalangan mereka yang aktif, tidak boleh duduk diam kerana ada sAja aktiviti yang mahu dilakukann­ya. Malahan, bukan satu atau dua, kadang-kadang sehingga tiga perkara dilakukan serentak. Itulah yang tersimpan dalamjiwa Nurin Afiqah Zulkifli. Gadis berusia 21 tahun ini sentiasa inginkan cabaran dan sikap mahu mencuba menjadikan beliau tidak betah duduk diam, malahjadua­l hariannya yang padat memberi kepuasan yang sukar digambarka­n. Beliau bukan sah4ja bergiat aktif dalam bidang kecergasan zumba, malah diajuga menjadi model sambilan serta penuntut Ijazah Ekonomi di Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM) di Gombak, Selangor. Bagi Nurin Afiqah, jadual yang padat tidak mengha-langnya daripada mengen-dalikan hampir sepuluh kelas zumba bermula dari Isnin sehingga Jumaat. "Saya sudah bergerak aktif sejak lima tahun lalu kerana r4jin mengi-kuti kelas zumba yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. "Selain zumba, saya juga mengendali­kan kelas aerobik, dan pengalaman paling manis apabila mendapat pengiktira­fan sebagai instruktor zumba (zin) pada Julai lalu. "Sejak itu, masa diba-hagikan untuk meng4jar kelas zumba yang terba-hagi kepada dua sesi di beberapa lokasi antaranya UIA, Padang Jawa dan Eartistic Studio," katanya. erima bantah~ Bercerita mengenai pembabitan­nya dalam aktiviti kecergasan fizikal itu, Nurin Afiqah men-jelaskan pada peringkat awal memang menerima sedikit bantahan daripada ibu dan bapanya. Ini kerana bagi mereka, adalah kerana tidak manis bagi seorang wanita yang berhijab menari di khalayak. Bagaimanap­un, Nurin Afiqah perlahan-lahan beijaya menyakinka­n keluargany­a mengenai minat mendalam terhadap aktiviti itu. "Saya masih men-gekalkan identiti yang sama, selain mengenakan tudung labuh, saya pastikan pakaian yang dipakai sentiasa longgar. "Adab dan batas tidak dilupakan dan syukurlah, akhirnya mereka merestui pembabitan saya dalam bidang ini," katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Akdviti mendaki membantu mengtzatka­n stamina.
Akdviti mendaki membantu mengtzatka­n stamina.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia