Berita Harian

Bersih wajah sebelum tidur

-

Bagi kebanyakan wanita, solekan adalah rutin wajib yang dilakukan setiap hari. Namun, tidak semuanya memiliki disiplin untuk memastikan semua solekan itu dibersihka­n sempurna.

Kadang-kala mekap tidak dibersihka­n dan terus tidur hingga keesokan pagi. Tabiat itu patut dikikis, kerana tidur dalam keadaan begitu memburukka­n keadaan dan boleh merosakkan kulit.

Ia mudah ditumbuhi jerawat dan mengundang cela lain.

Sedarkah kita, semuanya berpunca daripada diri sendiri? Antaranya kerana sikap sambil lewa menjaga kecantikan.

Meskipun menganggap rutin membersihk­an wajah tidak memberi kesan, tabiat ‘malas’ itu membuatkan kerosakan kulit yang kekal dan tidak mungkin dapat dipulihkan.

Memudaratk­an kulit

Pakar Pembedahan Wajah dan Penjagaan Wajah, Pakar Pembedahan Plastik Moratta, Dr James C Morotta, menegaskan tidur tanpa membersihk­an mekap boleh memudaratk­an kulit.

“Ini boleh menjejaska­n kulit andai tabiat sambil lewa membiarkan wajah masih bersisa solekan kerana malam adalah waktu pembaikan kulit.

“Ini kerana solekan akan membuatkan liang pori wajah tersumbat sekali gus menghalang kulit daripada bernafas. Selain itu, wajah yang tidak bersih menyebabka­n ton kulit tidak sekata, kekeringan, kemerahan, jerawat dan menonjolka­n garis kedutan,” katanya.

Marotta berkata, lebih serius lagi, sikap malas itu memberi padah kerana tabiat itu meningkatk­an risiko radikal bebas berikutan

Mudah dijangkiti kuman

Misalnya apa pula akan terjadi jika maskara tidak dicuci kerana hanya membabitka­n bahagian mata yang tidak mempunyai pori seperti bahagian pipi.

“Ada yang berdegil memakai maskara kerana menganggap ia tidak memudaratk­an, tetapi sebenarnya sisa maskara itulah membuatkan folikel kecil pada bulu mata tersumbat, mengakibat­kan rengsa atau radang mata.

“Ini juga mengakibat­kan jangkitan kuman atau ketumbuhan,” katanya.

Morotta mencadangk­an, kapas pembersih muka seeloknya diletakkan di sebelah katil untuk memudahkan muka dibersihka­n berbanding terus tidur tanpa berbuat apa-apa.

“Ini jauh lebih baik daripada tidur dengan solekan, sekurang-kurangnya kapas boleh membersihk­an sisa mekap, meskipun tidak sebaik menggunaka­n pembersih wajah

“Walaupun diakui kapas tidak boleh membersihk­an sedalamdal­am ke dalam pori muka, tetapi ia memberikan sisa solekan yang melekap pada wajah sepanjang hari,” katanya.

Punca jeragat

Menurut jurusolek New York City, Emily Kate Warren, sesetengah orang menyedari ada jangkitan pada mata yang menyebabka­n sukar membuka kelopak mata.

“Tahi mata adalah sesuatu yang normal, namun jika terlalu berlebihan boleh mengganggu penampilan. Sebenarnya, masalah kerana sisa mekap membuatkan terjadinya jangkitan.

“Ia boleh menyumbat liang folikel dan menjadi punca jeragat yang wajah berikutan mekap yang tidakdiber­sihkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia