Berita Harian

Manfaat produk guna bahan semula jadi

-

Ramai yang menafsirka­n kejelitaan, menerusi kulit bersih dan cerah serta wajah tanpa cela. Itu memberikan gambaran kecantikan seseorang, meskipun definisi kecantikan adalah subjektif.

Ini mendorong kebanyakan pengusaha tempatan menghasilk­an produk berkualiti, selamat dan diperbuat daripada bahan semula jadi bagi meyakinkan penggunany­a.

Syarikat produk kecantikan dan kesihatan Bumiputera, Nizayu Prima Marketing turut tampil memperkena­lkan produk berciri seperti itu menerusi set kecantikan, Mewangi.

Produk dihasilkan dengan piawaian kualiti, selamat dan menggunaka­n garam bukit, pati bunga, lilin lebah dan herba tempatan.

Pengasasny­a, Ayu Azmera Abd Moun, 35, berkata beliau menghasilk­an produk kecantikan yang boleh digunakan pada seluruh badan iaitu tidak hanya pada wajah semata-mata.

“Ia diformula daripada bahan alami supaya pengguna tidak raguragu menggunaka­nnya, berikutan sumber semula jadinya terlalu banyak khasiat dan kebaikan. Ia dihasilkan pada harga mampu milik,” katanya.

Bebas bahan bahaya

Sempena pelancaran itu, Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dilantik menjadi duta produk Mewangi yang dihasilkan setahun lalu.

Perjanjian persefaham­an antara Ayu Azmera dengan Noraniza disaksikan

Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Putrajaya, Datuk Tengku Hishammudd­in Zaizi Tengku Azman

Shah yang turut menyempurn­akan pelancaran produk berkenaan.

Ayu Azmera berkata, produk Mewangi diluluskan dan berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, sekali gus bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, hidrokinon dan paraben yang boleh mendatangk­an kesan mudarat kepada pengguna.

“Dengan motto putih, anjal gebu dan cantik menawan, kami komited untuk terus mengekalka­n penghasila­n produk berkualiti tinggi, selain membuka peluang keusahawan­an kepada masyarakat untuk menjana pendapatan,” katanya.

Berhak cantik

Ayu Azmera berkata, setiap orang berhak cantik, menjaga kecantikan tubuh, malah pengalaman beliau sendiri pernah mengalami jerawat teruk.

“Ini memberi tamparan hebat kerana ia benar-benar menjejaska­n keyakinan diri, semakin lama semakin teruk, membuatkan saya terfikir untuk mencuba kaedah alami.

Justeru, masalah dihadapi menjadi pemangkin untuk saya menciptaka­n produk kecantikan sendiri dan menggunaka­n bahan alami supaya tidak memberikan kesan buruk pada kulit,” katanya.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] ?? Ayu Azmera (dua dari kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Tengku Hishammudd­in sambil disaksikan Noraniza (kiri) pada majlis pelancaran produk Mewangi di ibu negara.
[ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] Ayu Azmera (dua dari kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Tengku Hishammudd­in sambil disaksikan Noraniza (kiri) pada majlis pelancaran produk Mewangi di ibu negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia